PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

Posted by : Bicara Pengkalan Chepa | 13 March 2010 | Published in

Juara Rakyat


Sejajar dengan program Juara Rakyat, UMNO Bahagian Pengkalan Chepa menganjurkan satu Program Pemimpin Bersama Rakyat yang telah berjaya dilaksanakan pada 05.03.2010. Program yang diadakan sehari suntuk ini amat bermakna bagi warga Pengkalan Chepa kerana Program ini turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Y.B Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, YB Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee( Ketua UMNO Bahagian Cheras) dan YBhg Datuk Che Mat bin Che Ali ( Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ).


Atucara program pada hari tersebut adalah
1. Minum pagi bersama penduduk setempat
2. Melawat Warga Emas dan OKU
3. Solat Jumaat di Masjid Telaga Bata
4. Kenduri Kampung di Mukim Chicha Menyabong
5.Taklimat Program Juara Rakyat di Pejabat UMNO Bahagian Pengkalan Chepa


Sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan amat baik dan mereka bersyukur kerana seorang Menteri turun padang bagi melihat sendiri masalah penduduk.


YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir
beramah mesra dengan penduduk tempatan

Menikmati Jamuan makan pagi

YB Senator bersama En. Dali bin Husin (Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa)
melawat warga emas di sekitar Parlimen Pengkalan Chepa


Melawat OKU di Kampung Gelong Machang

YB Senator beramah mesra dengan penduduk tempatan
di Masjid Telaga Bata


Dif-dif jemputan dan penduduk menikmati jamuan makan

YBhg En. Dali bin Husin menyampaikan ucapan aluan

YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir b Baharom
meyampaikan ucapan

Setiausaha UMNO Bahagian Pengkalan Chepa sedang memberi
taklimat mengenai program Juara Rakyat yang akan
dilaksanakan di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa



Dif-dif jemputan menjamu selera





















(3) Comments

  1. Suara Pemuda said...

    Salam perjuangan..

    Tengah ralit2 berjalan di alam cyber, berjumpa dengan UMB Kelantan. Dan berjumpa juga dengan Bicara Juara Rakyat.

    Mohon untuk di sisipkan beberapa artikel serta gambar2 kedalam blog ambo.

    http://suara-muda-umno.blogspot.com

    March 13, 2010 at 9:47 AM
  2. Bicara juara rakyat said...

    insyaallah.. :)

    March 13, 2010 at 4:05 PM
  3. Anonymous

    asalamualaikum, ambo pun lamo benar doh dok cari mano blog umno kelate, nok nok hok kaley chepo ni,,, cari tu gak cari tugak mujor jugok la baru jupo dengan blog ni. Tahniah la ambo ucapkey ko puok puok demo , tapi gak kawe raso puok puok umno kaley chepo ni kena khijo lebih hebak lagi daripadao puok puok pas kaley chepo ni... semoga berkat dunia akhirat perjuangan kita ni.. takbirrrrrrr

    March 16, 2010 at 9:49 AM

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...