KETUA UMNO RANTAU PANJANG BERSAMA RAKYAT

Posted by : Bicara Rantau Panjang | 01 March 2010 | Published in

Parlimen Rantau Panjang 28 Februari 2010 - Kehadiran Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang En Abdullah Mat Yasim ( Abe Lah ) bersama rakyat di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang dalam program Juara Rakyat memeriahkan lagi acara dan program tersebut.
Program yang di hiasi dengan permainan rakyat yang bermula jam 8.00 pagi itu telah dihadiri oleh 800 orang penduduk sekitar Parlimen Rantau Panjang. Kemeriahan acara yang dipertandingkan memukau para hadirin sehingga keakhir acara.
Sikap ramah mesra Abe Lah bersama hadirin dan peserta menambahkan lagi kemeriahan majlis. Pemimpin Bersama Rakyat benar-benar berkesan kerana penduduk dapat bertemu, bermesra secara langsung dan tanpa ada halangan sebagaimana yang ditonjolkan oleh Ketua UMNO Rantau Panjang ini membuatkan keakraban antara Pemimpin dan penduduk setempat.
Abe Lah (Bertopi hitam ) Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang bersama kepimpinan UMNO Rantau Panjang
Abe Lah sedang bermain teka teki pemenang antara dua kempulan tarik tali
Tarik tali adalah salah satu program yang mengeratkan hubungan antara penduduk setempat

(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...