Showing posts with label Pengkalan Chepa. Show all posts
Showing posts with label Pengkalan Chepa. Show all posts

MENJIWAI RAKYAT

Posted by : Anonymous | 21 March 2010 | Published in

UMNO Pengkalan Chepa yang diketuai oleh YBhg En Dali Bin Husin akan sentiasa turun padang untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat sesuai dengan pendekatan yang dikehendaki oleh YAB PM, Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan. Sehubungan dengan itu , UMNO Pengkalan Chepa terus mengadakan program Juara Rakyat bersama dengan Agensi Kerajaan yang di adakan pada :
Tarikh : 19 Mac 2010 ( Jumaat )
Masa : 2.30 Petang - 6.00 Petang
Tempat : Mukim Che Deris , DUN Chempaka
Agensi Kerajaan yang terlibat adalah Kementerian Kesihatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ). Kepimpinan UMNO pengkalan Chepa bersama Skuad Sayang Pengkalan Chepa juga meluangkan masa melawat warga emas dan orang miskin di kawasan Mukim Che Deris untuk memberi bantuan yang sewajarnya.

Ybhg En Dali bin Husin , Ketua UMNO Pengkalan Chepa
menyampaikan ucapan kepada tetamu yang hadir

Hadirin tekun mendengar ucapan Ybhg Ketua Bahagian


hadirin menjamu selera

melihat gambar yang dipamerkan oleh AADK

membuat pemeriksaan kesihatan

Kepimpinan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa bersama Skuad Sayang
Pengkalan Chepa melawat Warga Emas dan penduduk miskin


PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

Posted by : Anonymous | 13 March 2010 | Published in

Juara Rakyat


Sejajar dengan program Juara Rakyat, UMNO Bahagian Pengkalan Chepa menganjurkan satu Program Pemimpin Bersama Rakyat yang telah berjaya dilaksanakan pada 05.03.2010. Program yang diadakan sehari suntuk ini amat bermakna bagi warga Pengkalan Chepa kerana Program ini turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Y.B Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, YB Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee( Ketua UMNO Bahagian Cheras) dan YBhg Datuk Che Mat bin Che Ali ( Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ).


Atucara program pada hari tersebut adalah
1. Minum pagi bersama penduduk setempat
2. Melawat Warga Emas dan OKU
3. Solat Jumaat di Masjid Telaga Bata
4. Kenduri Kampung di Mukim Chicha Menyabong
5.Taklimat Program Juara Rakyat di Pejabat UMNO Bahagian Pengkalan Chepa


Sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan amat baik dan mereka bersyukur kerana seorang Menteri turun padang bagi melihat sendiri masalah penduduk.


YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir
beramah mesra dengan penduduk tempatan

Menikmati Jamuan makan pagi

YB Senator bersama En. Dali bin Husin (Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa)
melawat warga emas di sekitar Parlimen Pengkalan Chepa


Melawat OKU di Kampung Gelong Machang

YB Senator beramah mesra dengan penduduk tempatan
di Masjid Telaga Bata


Dif-dif jemputan dan penduduk menikmati jamuan makan

YBhg En. Dali bin Husin menyampaikan ucapan aluan

YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir b Baharom
meyampaikan ucapan

Setiausaha UMNO Bahagian Pengkalan Chepa sedang memberi
taklimat mengenai program Juara Rakyat yang akan
dilaksanakan di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa



Dif-dif jemputan menjamu selera





















MAJLIS SOLAT HAJAT,BACAAN YASIN DAN PENERANGAN ISU-ISU SEMASA

Posted by : Anonymous | 07 March 2010 | Published in



PENGKALAN CHEPA
BERANI LAWAN

UMNO Bahagian Pengkalan Chepa telah mengadakan majlis solat hajat berjamaah, bacaan yasin dan majlis penerangan isu semasa kepada masyarakat Pengkalan chepa. Program ini turut di hadiri oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin B. Sakom Pengurusi eksekutif Yayasan Basmi Kemiskinan selangor dan YBhg. ustaz Hj. Mohd Affandi B. Yusoff Exco Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. Program ini diadakan untuk menjelaskan kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan Selangor.



Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, YBhg. En. Dali Bin Husin
sedang menunggu untuk solat maghrib berjemaah


Muslimat juga turut hadir memeriahkan program


Taklimat khas diberikan oleh Ketua UMNO Bahagian


Ketua UMNO Bahagian sedang menyampaikan ceramah

Muslimin dan muslimat khusyuk mendengar ceramah

Jamuan makan disediakan untuk hadirin


PEMIMPIN MESRA,CAKNA, RAKYAT DIUTAMAKAN

Posted by : Anonymous | 01 March 2010 | Published in




Program Juara Rakyat parlimen Pengkalan Chepa Yang telah dianjurkan oleh Umno Bahagian Pengkalan Chepa Yang diterajui oleh seorang tokoh muda Saudara Dali bin Hussin, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa bersama dengan Saudara Che Rosli Bin Che Hassan selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Saudara Zaluzi Bin Sulaiman, Naib Ketua UMNO Bahagian, Saudara Che Soh Bin Che Will telah berjalan dengan lancar dengan suasana yang cukup meriah sekali.

Program ini dapat merapatkan hubungan masyarakat dalam kawasan Pengkalan Chepa berjaya mengumpul pengundi tanpa mengira fahaman politik dan ideologi.



Ketua UMNO Bahagian sedang menyampaikan amanat dan tazkirah kepada semua hadirin selepas solat isya' dan tahlil.


Khusyuk...Ketua Bahagian UMNO bersama-sama masyarakat.


Masyarakat terpegun dengan ucapan Ketua Bahagian.


Ketua Bahagian mengaminkan doa.

Orang Ramai menikmati makan malam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...