UMNO Bahagian Tumpat melalui Biro Penerangan UMNO Bahagian Tumpat telah mengadakan program ceramah isu semasa politik Kelantan bagi Parlimen Tumpat. Golongan sasarnya adalah guru dan pesara guru yang mempunyai jawatan di peringkat cawangan dalam parlimen Tumpat yang mana melibatkan 150 orang guru.Program yang telah diadakan di Dewan Komplek Perpaduan Terbak,Tumpat itu telah diadakan pada 09 Mac 2010 jam 9.00 malam.Program yang bermatlamat untuk membangkitkan semula semangat guru dan juga pesara guru dalam membantu memperkasakan cawangan UMNO seluruh Parlimen tumpat itu telah menampilkan penceramah Ustaz Omar Khalid,penceramah perhubungan UMNO Negeri Kelantan bersama dengan Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar,Ketua UMNO Bahagian Tumpat.
Program yang berlangsung itu juga turut melibatkan Tn.Hj.Rosdi Ab.Aziz,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat,Wan Hanapi Wan Yaacob,Naib Ketua UMNO Bahagian,Ketua-ketua sayap dan jawatankuasa 4 peringkat UMNO Bahagian Tumpat.

(0) Comments
Leave a Response