MENJIWAI RAKYAT

Posted by : Bicara Pengkalan Chepa | 21 March 2010 | Published in

UMNO Pengkalan Chepa yang diketuai oleh YBhg En Dali Bin Husin akan sentiasa turun padang untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat sesuai dengan pendekatan yang dikehendaki oleh YAB PM, Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan. Sehubungan dengan itu , UMNO Pengkalan Chepa terus mengadakan program Juara Rakyat bersama dengan Agensi Kerajaan yang di adakan pada :
Tarikh : 19 Mac 2010 ( Jumaat )
Masa : 2.30 Petang - 6.00 Petang
Tempat : Mukim Che Deris , DUN Chempaka
Agensi Kerajaan yang terlibat adalah Kementerian Kesihatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ). Kepimpinan UMNO pengkalan Chepa bersama Skuad Sayang Pengkalan Chepa juga meluangkan masa melawat warga emas dan orang miskin di kawasan Mukim Che Deris untuk memberi bantuan yang sewajarnya.

Ybhg En Dali bin Husin , Ketua UMNO Pengkalan Chepa
menyampaikan ucapan kepada tetamu yang hadir

Hadirin tekun mendengar ucapan Ybhg Ketua Bahagian


hadirin menjamu selera

melihat gambar yang dipamerkan oleh AADK

membuat pemeriksaan kesihatan

Kepimpinan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa bersama Skuad Sayang
Pengkalan Chepa melawat Warga Emas dan penduduk miskin


(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...