
Dalam sesi ucapannya banyak menyentuh mengenai isu-isu perpaduan dan persefahaman antara kaum yang tidak mengira bangsa dan agama. Kerajaan Pusat juga telah memperuntukkan 2 billion bagi menaik taraf sektor pendidikan dan kesihatan di Kelantan. Di situ juga telah menunjukkan betapa prihatinnya Kerajaan Pusat dalam membangunkan rakyat negeri Kelantan dan tidak sesekali dipinggirkan dalam menuju arus kemodenan. Selaraslah dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Seri Najib Bin Tun Razak yang inginkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Dianggarkan sekitar 1000 hadirin yang datang memenuhi perkarangan pasar tersebut. Majlis juga diserikan dengan persembahan nyanyian 1 Malaysia dan dikir barat. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Dr. Fauziah Binti Mat Nor yang merupakan Pengarah Hospital Daerah Bachok dan seterusnya oleh Dato' Dr. Ilyas Bin Hussin.
Pelbagai pameran yang telah diadakan antaranya Pameran Farmasi, Keselamatan Makanan, Pameran Penyakit, Juara Rakyat dan juga pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Majlis juga turut diserikan oleh persembahan nyanyian lagu patriotik dan dikir barat


dato ilyas hussin cuba hendak menipu orang untuk kepentinggan sykt beliau sendiri
memang dasar penipu dato ilyas nih