PJK-Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kota Bharu pada 16 Januari 2011

Posted by : Bicara Kota Bharu | 30 January 2011 | Published in

Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan SMK Tanjong Chat, Kota Bharu, Kelantan.




YB. Dato' Seri Mustapa Mohammad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan disambut oleh AJK UMNO Bahagian Kota Bharu keempat-empat Peringkat, JKKKP dan Pemimpin Masyarakat.


Pemimpin komponen Barisan Nasional Kota Bharu menyanyikan lagu Barisan Nasional dengan penuh semangat selepas lagu patriotik Negaraku dinyanyikan.


YBhg. Dato' Haji Mohd Fatmi menyampaikan ucapan dengan menggariskan beberapa gerak kerja yang lebih tersusun serta rapi kepada barisan hadapan Barisan Nasional Kota Bharu untuk dipraktikkan.


Amanat dan pesanan yang disampaikan oleh YB. Dato' Seri Mustapa Mohammad, pemimpin utama Barisan Nasional Kelantan ditunggu-tunggu oleh barisan hadapan Barisan Nasional Kota Bharu sebagai sumber penyuntik semangat untuk berjuang dan memperolehi kejayaan.



Rata-rata barisan hadapan Barisan Nasional di pelbagai peringkat memberi kesanggupan dan jaminan untuk berjuang bagi memastikan Parlimen Kota Bharu menjadi milik Barisan Nasional. Satu lagi tambahan kerusi Parlimen dan tiga DUN bagi Barisan Nasional Kelantan.

PKJ-Tinjauan Mesra Cakna Rakyat dan Akikah Berkelompok Parlimen Kota Bharu pada 31 Disember 2010

Posted by : Bicara Kota Bharu | 09 January 2011 | Published in

Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kg. Paya Senang, Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan



AJK UMNO Bahagian Kota Bharu menyambut masyarakat kampung yang mengikuti program kemasyarakatan.


YBhg. Dato' Haji Mohd Fatmi tidak ketinggalan membantu Chef tempatan memasak gulai kawah. "Garam bubuh doh ko?" Hmmm.. sedapnya!



Masyarakat tempatan sedang menikmati jamuan gulai kawah yang mereka usahakan secara gotong-royong.


YBhg. Dato' Haji Mohd Fatmi sedang mendengar keluhan dan rintihan warga emas yang menghadapi kesukaran. Namun, kesukaran itu tidak berlarutan kerana YBhg. Dato' Haji Mohd Fatmi terus menyelesaikannya dengan memberi beberapa bantuan yang bersesuaian.


Setiausaha DUN Kota Lama sedang memberi penerangan kepada YBhg. Dato' Haji Mohd Fatmi tentang perancangan aktiviti kemasyarakatan yang bakal diadakan di DUN Kota Lama .


Ketua Penerangan Wanita UMNO Kota Bharu sedang beramah mesra dengan kaum ibu setelah selesai bergotong-royong menyediakan jamuan.


YBhg. Dato' Haji Mohd Fatmi meluangkan masa melawat warga emas, Orang Kurang Upaya, uzur dan masyarakat yang kurang berkemampuan di kawasan yang berdekatan.

PKJ-Pemimpin Bersama Rakyat, Parlimen Kota Bharu (Khatan Perdana) pada 13 Disember 2010

Posted by : Bicara Kota Bharu | | Published in

Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Padang Garong 1, Kota Bharu, Kelantan






YBrs. Tn. Hj. Rosmadi Hj. Ismail mewakili YBhg. Dato' Hj. Mohd Fatmi Hj. Che Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu menyampaikan pesanan dan amanat kepada ibu bapa serta adik-adik yang terlibat dalam Program Khatan Perdana Parlimen Kota Bharu.





Upacara menyuap pulut semangat kepada adik-adik yang bakal dikhatankan. Selepas ini, adik-adik akan melangkah ke alam remaja.





Laungan "1 Malaysia" sebelum upacara menyiram beramai-ramai.





Upacara menyiram dilaksanakan oleh Hj. Rosmadi, Ketua Perg. Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu dengan kerjasama pasukan Bomba dan Penyelamat.





Ibu bapa menunggu giliran anak-anak untuk dikhatankan.





SU DUN Kota Lama dan AJK UMNO Bahagian Kota Bharu meninjau "Bilik Operasi".





Operasi khatan sedang dijalankan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...