Sambutan Maulidul Rasul di Bechah Durian meriah..

Posted by : Bicara Pasir Mas | 09 March 2010 | Published in

oleh Bicara Pasir Mas

Program : Majlis Sambutan Maulidul Rasul DUN Tendong
Tarikh : 5 Mac 2010
Masa : 7.00 malam - 11.30 malam
Tempat : Madrasah Haji Muhammad, Kg Bechah Durian, DUN Tendong

Majlis Maulidul Rasul peringkat DUN Tendong anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Mas menarik perhatian lebih 500 orang biarpun jangkaan awal adalah sekitar 300 orang yang akan hadir.

Program ini diadakan di Madrasah Haji Muhammad, Kg. Bechah Durian, Pasir Mas yang terletak dalam kawasan DUN Tendong.

Biarpun majlis ini hanya bermula jam 7.00 malam tetapi persediaan awal telah dilakukan oleh Jawatankuasa Madrasah ini yang diketuai oleh Hj Mohd fauzi Muhammad, bekas ADUN Tendong. Bermula dengan sembelih lembu pada awal pagi sehingga menyambut ketibaan orang ramai, semuanya dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk kampung.

Majlis Sambutan Maulidul Rasul dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah disusuli dengan ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Shafie Hussin, Pengurus Yayasan Dakwah (YADIM) Kelantan.

Selepas solat isyak berjemaah, ucapan aluan disampaikan oleh Hj Mohd Fauzi sendiri yang bertindak sebagai pengerusi majlis dan disusuli oleh ucapan YBhg. Dato' Haji Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.

Majlis turut diserikan dengan persembahan berzanji oleh kumpulan berzanji DUN Tendong yang juga Johan Tahsin Berzanji Parlimen Pasir Mas. Kemudian seluruh hadirin bersama-sama berselawat memuji junjungan besar Rasulullah SAW.

Majlis berakhir dengan jamuan makan malam.

Bicara Pasir Mas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Sambutan maulidul Rasul peringkat DUN Tendong ini.

 Di awal pagi, lembu disembelih untuk menjadi juadah hadirin malam nanti

kerja berat melapah lembu tugas kaum lelaki tetapi ianya menjadi senang hasil muafakat

..tapi bab ini kena serahkan pada yang pakar...

kaum ibu pula sibuk di dapur

Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Shafie Hussin, Pengurus YADIM Kelantan.. turut kelihatan Dato' Haji Hanafi Mamat

Haji Fauzi selaku tuan rumah mempengerusikan majlis
Cikgu Abdullah, Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Mas

Dato' Haji Hanafi Mamat menyampaikan ucapan

Sebahagian hadirin

kaum ibu juga turut bersama

Selawat beramai-ramai

Jamuan makan

(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...