JUARA RAKYAT BERSAMA DATUK RAMZI , Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai
Posted by : Bicara Kuala Krai | 02 March 2010 | Published in Kuala Krai
Program Juara Rakyat menjadi aktiviti berpanjangan oleh Pemimpin UMNO termasuk Pemimpin UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman. Datuk Ramzi yang sememangnya sudah serasi dengan rakyat , baru-baru ini turut sama bermesra dengan rakyat dalam Program Juara Rakyat di Kampung Slow Temiang pada 25hb Februari 2010 dan di Penempatan Ladang Lepan Kabu, Pahi pada 28hb Februari 2010. Di kesempatan beginilah Datuk Ramzi dapat berjumpa dengan rakyat peringkat akar umbi di samping turut menyampaikan ceramah 1 Malaysia dan berdailog serta cuba menangani permasalahan yang disuarakan oleh rakyat di peringkat akar umbi. Program Juara Rakyat kali ini mendapat sambutan yang hebat kerana ianya dirancang bersempena Sambutan Maulidurasul dan tema bulan Februari iaitu Bulan Kebajikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hidup UMNO ..........hidup Datuk Zee !!
Dato. . . Jalan nak masuk satu kampung di manek urai. . Dah terbela ke. . Mcm mn nak tawan hati ni. . .