DIKIR BARAT JUARA RAKYAT

Posted by : Bicara Ketereh | 31 March 2010 | Published in


Program Dikir Barat telah dianjurkan untuk kumpulan dikir tempatan bagi menyampaikan seruan kerajaan BN melalui lagu dikir. Program ini telah diserta oleh dua kumpulan dikir yang diwakili anak-anak muda tempatan. Program telah diadakan pada :-
Tarikh : 31hb. Mac, 2010 (Rabu)
Tempat : Kg Kubang Tin, Melor

Masa : 9.00 Malam




Kumpulan dikir yang terlibat



Antara peminat yang hadir

JALINAN RAKYAT : Pergerakan Wanita Dun Kadok

Posted by : Bicara Ketereh | 27 March 2010 | Published in

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Ketereh telah mengadakan Majlis Pelancaran Jalinan Rakyat bagi mengeratkan Jentera Wanita Dun dengan ahli wanita di dalam Dun Kadok


Ucapan Naib Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tn. Hj. Ismail Bin Latiff
mewakili Ketua UMNO Bahagian Ketereh

Ucapan oleh Naib Ketua Wanita, Pn. Hjh Hanisah Binti Yaacob


Ucapan Ust. Mat Wi Bin Abdul Rahman


Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian Ketereh turut serta hadir bagi memeriahkan lagi majlis






Jumlah kehadiran ahli wanita amat membanggakan



Jamuan ringan untuk tetamu majlis

UMNO Bahagian Tumpat Mendepani Cabaran Isu Semasa

Posted by : Bicara Tumpat | 21 March 2010 | Published in

Sempena dengan program Juara Rakyat yang diadakan setiap bulan bagi setiap parlimen maka UMNO Bahagian Tumpat telah mengadakan satu program penerangan isu-isu semasa yang berlaku dalam politik Kelantan masa kini .Program yang telah diadakan pada 19 Mac 2010,jam 9 malam di Kok Majid ini telah berjaya menghimpunkan hampir 1500 masyarakat Parlimen Tumpat khususnya di DUN Pasir Pekan.

Kehadiran hadirin yang melebihi 1000 orang adalah sesuatu yang di luar dugaan bagi program di DUN Pasir Pekan.Kebiasaan program yang dianjurkan di DUN Pasir Pekan tidak pernah mendapat perhatian yang sedemikian rupa kerana DUN Pasir Pekan adalah merupakan kubu kuat PAS dan apatah lagi DUN Pasir Pekan merupakan kawasan Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Program penerangan isu semasa ini telah menampilkan penceramah yang yang cukup hangat di Parlimen Tumpat sekarang ini iaitu Tuan Guru Hj.Abdullah Saa'mah atau juga di kenali Tok Guru Hj.Loh Pondok Geting. Ceramah yang disampaikan oleh beliau cukup menggerunkan pihak PAS dengan pendedahan-pendedahan mengenai amalan wahabi yang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin PAS.

Program ini juga turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO 4 Peringkat Bahagian Tumpat.Kejayaan program yang dianjurkan ini juga membuktikan UMNO Bahagian Tumpat mendepani cabaran isu semasa dalam memberikan penjelasan kepada rakyat.


Ucapan aluan oleh Sdri. Nik Noriza Nik Salleh(Penyelaras DUN Pasir Pekan merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat)

Ucapan YBhg.Tn.Hj.Mohd Rosdi Ab.Aziz(Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat)

Tuan Guru Hj.Abdullah Saa'mah (Tok Guru pondok Geting) sedang menyampaikan ceramah

Antara pengikut pondok Tok Guru Hj.Loh yang turut hadir

Nik Fatimah Nik Salleh(Ketua Puteri UMNO Bahagian Tumpat) dan jawatankuasanya turut hadir mendengar ceramai yang disampaikan

Hadirin ynag hadir tekun mendengar ceramah yang disampaikan

Anak muda bermotor juga turut berminat hadir mendengar ceramah

Antara Jawatankuasa UMNO Bahagian yang turut hadir

Jamuan makan disediakan kepada hadirin

MENJIWAI RAKYAT

Posted by : Bicara Pengkalan Chepa | | Published in

UMNO Pengkalan Chepa yang diketuai oleh YBhg En Dali Bin Husin akan sentiasa turun padang untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat sesuai dengan pendekatan yang dikehendaki oleh YAB PM, Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan. Sehubungan dengan itu , UMNO Pengkalan Chepa terus mengadakan program Juara Rakyat bersama dengan Agensi Kerajaan yang di adakan pada :
Tarikh : 19 Mac 2010 ( Jumaat )
Masa : 2.30 Petang - 6.00 Petang
Tempat : Mukim Che Deris , DUN Chempaka
Agensi Kerajaan yang terlibat adalah Kementerian Kesihatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ). Kepimpinan UMNO pengkalan Chepa bersama Skuad Sayang Pengkalan Chepa juga meluangkan masa melawat warga emas dan orang miskin di kawasan Mukim Che Deris untuk memberi bantuan yang sewajarnya.

Ybhg En Dali bin Husin , Ketua UMNO Pengkalan Chepa
menyampaikan ucapan kepada tetamu yang hadir

Hadirin tekun mendengar ucapan Ybhg Ketua Bahagian


hadirin menjamu selera

melihat gambar yang dipamerkan oleh AADK

membuat pemeriksaan kesihatan

Kepimpinan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa bersama Skuad Sayang
Pengkalan Chepa melawat Warga Emas dan penduduk miskin


JUARA RAKYAT DI KUALA KRAI MERIAH, BERKESAN DAN MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT DARI MASYARAKAT KUALA KRAI

Posted by : Bicara Kuala Krai | | Published in

Program Juara Rakyat di Parlimen Kuala Krai bagi bulan Mac adalah sangat memberangsangkan dan mendapat sambutan luarbiasa dari masyarakat tempatan. Ini dapat dilihat dari beberapa Program Juara Rakyat yang dilaksanakan sepanjang bulan ini iaitu Program Juara Rakyat di Sungai Durian yang diadakan pada Jam 3 Petang bertempat di Balairaya Sungai Durian pada 11.03.2010, Hari Khamis bersamaan 25 Rabiulawal. 1431H, Program Juara rakyat di Kg Laloh yang diadakan pada Jam 7.00 Malam bertempat di Madrasah Kg Laloh pada 11.03.2010, hari Khamis bersamaan 25 Rabiulawal 1431H, Program Juara Rakyat bersama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai di Kampung Ingin Maju, Kemubu, Dabong , bermula 16 hingga 18hb 03.2010 dan Program Juara Rakyat bersama Jabatan Kerajaan dan NGO's di Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai pada 19.03.2010, hari Jumaat.
Sambutan dari masyarakat tempatan amat luar biasa seolah-olah memberi gambaran jelas bahawa Program yang dianjurkan menjuarai suasana semasa . Ini adalah petanda baik bagi kerajaan yang menyusun banyak program di akar umbi dan berpeluang menyentuhi nurani masyarakat.


PROGRAM JUARA RAKYAT BERSAMA JABATAN KERAJAAN DAN BADAN NGO'S
PADA 19.03.2010, BERTEMPAT DI PADANG MRSM KUALA KRAI


Antara ribuan rakyat yang menyertai Program yang diadakan

Antara hamper yang disediakan kepada pengunjung dan peserta program

Ustaz Baihaki, Abang Nor Yaakub dari RTM, En, Amran dari KEMAS
dan En Azmi dari Jabatan Penerangan

Antara VIP yang hadir Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi KAFA

PROGRAM JUARA RAKYAT BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN KUALA KRAI
DI KAMPONG INGIN MAJU, KEMUBU, DABONG. PADA 16-18.03.2010

Kehadiran rakyat tempatan memeriahkan Program

Pertandingan Suara Burung Candik , antara pengisian Program

Ustaz Baihaki yang mengendalikan Program Juara Rakyat
Bersama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Peserta Belia yang mengikuti Program Juara Rakyat

PROGRAM JUARA RAKYAT DI MADRASAH KAMPONG LALOH
PADA 11.03.2010, JAM 7.00 MALAM

Antara penduduk tempatan yang hadir turut
berselawat

Ustaz Man Hassan sedang berceramah

Antara Pemimpin tempatan yang hadir

Penduduk kampong yang turut sama dalam
Program Di kampong Laloh

Ustaz Man dan Ustaz Baihaki yang mengetuai
Selawat dalam Program di Kampong Laloh

PROGRAM JUARA RAKYAT DI KAMPONG SUNGAI DURIAN
PADA 11.03.2010 JAM 3.00 PETANG

Setiausaha UMNO Bahagian menyampaikan
sumbangan kepada masyarakat tempatan

Datuk Ramzi menyampaikan ucapan Perasmian
untuk Program Juara Rakyat di Sungai Durian

Banner Program Juara Rakyat

Ustaz Baihaki menyampaikan ceramah 1 Malaysia

Antara VIP yang hadir dalam Program Juara Rakyat
di Sungai Durian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...