Wang Ihsan Utk Orang Miskin

Posted by : Bicara Jeli | 17 February 2010 | Published in

Golongan miskin akan menjadi fokus utama dalam memperuntukkan pemberian wang ihsan berjumlah RM20 juta kepada Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, fokus kepada golongan miskin diberikan keutamaan pada ketika ini kerana peruntukan wang ihsan itu adalah kecil jika dibandingkan peruntukan Pusat kepada Kelantan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) iaitu RM7.5 bilion.:

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, dengan jumlah peruntukan itu pada tahun ini, ianya tidak cukup untuk membiayai projek-projek pembangunan.

Kita akan lebih fokus kepada membantu golongan miskin, seperti memberi bantuan secara langsung atau membaiki rumah mereka kerana untuk projek pembangunan memerlukan peruntukan yang lebih besar.:

“Namun ianya masih di peringkat perancangan dan masih belum diputuskan lagi bagaimana kaedah agihannya. Peruntukan itu dijangka akan diberikan pada penghujung Mac nanti,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin UMNO Bahagian Kubang Kerian, di sini, semalam.

Mustapa berkata demikian mengulas mengenai keengganan Kerajaan Negeri Pas Kelantan untuk menyertai Jawatankuasa khas membincangkan peruntukan wang ihsan.

comments

  1. Anonymous

    mcm ni la..
    kito wat kijo kito.. wat hok mano patut.. kalo pas x se bui kerjasamo, xpyh involve puaok dia.. alhamdulillah.. semoga wang ihsan ini akan lebih membuka mata rakyat, sapo hok dpt tlg rakyat sbnr nyo.. umno tetap juara rakyat!

    March 7, 2010 at 7:00 PM

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...