Program Juara Rakyat diteruskan lagi di kampung Wakaf Bata pada 16/2/2010. Program ini dihadiri oleh Tn.Hj. Ahmad Jaazlan Ketua UMNO bahagian Machang. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh penduduk setempat.


Mendepani aspirasi rakyat Kelantan..
Posted by : Bicara Machang | 22 February 2010 | Published in Machang
(C) All Rights Reserved. Bicara Juara Rakyat | Free blogger templates Designed by SkinPress.com
Program yang mendapat sambutan rakyat....tapi ahli UMNO. Rakyat sepatutnya semua golongan tanpa mengira fahaman politik. "Orang atas pagar" tak hadir, jauh sekali penyokong Pas.
Jika ini dijadikan asas petunjuk sokongan masyarakat kepada UMNO, nampaknya PRU akan datang kecundang lagi.
Bila ada program anjuran UMNO bahagian, tak kiralah siapa pun pemimpin yang akan hadir, ahli cawangan dijemput menyertainya, jika tidak pasti majlis tersebut tidak mendapat sambutan. UMNO lebih suka kepada program berbentuk "grand" dan menjemput masyarakat hadir, walaupun kesannya tidak seberapa selepas itu.
Pas lebih suka kepada cara menziarah pengundi secara peribadi, melawat orang sakit/meninggal dunia,majlis tahlil, hadir kenduri, ziarah rumah sakit, menyertai majlis keagamaan, solat berjemaah bersama penduduk dan apa jua yang disenangi oleh masyarakat.
Inilah dua perbezaan cara yang dilakukan oleh kedua parti politik setempat. Cara Pas sudah terbukti berkesan.....UMNO masih dengan kaedah lama yang kurang berfaedah.......
Mungkin UMNO setempat tidak memahami maksud TRANSFORMASI yang dilaungkan oleh pemimpin atasan parti.