Program makan pagi di DUN Tawang.

Posted by : Bicara Bachok | 07 February 2010 | Published in

Pada 30hb Januari 2010, pukul 7.30 pagi bertempat di Kedai Kopi Kg. Tok Jawa, Tawang telah berlangsung program makan pagi pemimpin bersama rakyat yg dihadiri oleh Ketua Bahagian Bachok, YB Senator Dato' Dr. Awang Adek b. Husein.

Program anjuran UMNO Bahagian Bachok itu telah menarik lebih-kurang 70 org penduduk tempatan utk sama-sama mendengar penerangan dan beramah mesra dgn Dato' Dr. Awang Adek.

Di dalam intipati ucapan Dato' Dr. Awang, beliau menerang dan menekankan tentang 3 perkara penting agar betul-betul dapat difahami oleh rakyat. 3 perkara tersebut adalah berkenaan tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan, sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional dan juga berkenaan perpaduan yg ditekankan oleh Perdana Menteri, Dato' seri Najib Tun Razak di bawah gagasan 1malaysia.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar semasa program tersebut berlangsung.

ucapan aluan oleh saudara Razali Teh dari wakil penduduk

Dato' Awang kusyuk mendengar ucapan dari wakil penduduk

kehadiran penduduk yg amat menggalakkan

Dato Awang Adek b. Hussin sedang memberikan ucapan

penduduk sedang mengajukan permasalah setempat

(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...