PROGRAM WARGA CERIA DAN CERAMAH ISU SEMASA

Posted by : Bicara Bachok | 21 February 2010 | Published in

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT BACHOK


20/2/2010 jam 9.00 malam bertempat di Taman Perumahan Suria,Kg Pak Badol, Jelawat telah diadakan program Warga Ceria dan Ceramah Isu Semasa. Penceramah yang hadir ialah Ust. Omar Khalid dan Dato' Mustapha Taib.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Senator Dato' Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan 2 merangkap Ketua UMNO Bahagian Bachok serta YBhg. Dato' Ilias Hussin, Penyelaras DUN Jelawat.

Program ini dihadiri seramai 300 orang dikalangan penduduk sekitar Kg. Pak Badol disemua peringkat umur.

Dato' Awang melahirkan rasa bangga dengan kehadiran dan sambutan yang telah diberikan oleh semua pihak. Dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan ini beliau merasakan ini adalah ' signal ' dan petunjuk kepada gelombang kebangkitan rakyat Bachok bagi BN memenangi pilihanraya Umum nanti.

"Setiap parti yang bakal dipilih oleh pengundi perlu dinilai sejauh mana kemampuan parti tersebut dalam menangani masalah rakyat dan bukan hanya melihat pada luaran sahaja. Kita jangan tertipu dengan kebaikan yang hanya ditunjukkan 5 tahun sekali ", nasihat beliau kepada pengundi.





Ucapan Dato' Awang yang melihat rakyat Bachok sudah bangkit



Ucapan Dato' Ilias yang mahukan perubahan kepada Bachok


Ceramah Dato' Mustapha Taib tentang isu-isu semasa



Ceramah Ust Omar Khalid tentang penyelewengan PAS terhadap agama


Sedang mengamati penjelasan yang diberikan

(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...