Juara Rakyat:: UMNO Bahagian Tumpat Menjuarai Kebajikan Rakyat

Posted by : Bicara Tumpat | 28 February 2010 | Published in

Salam 1 Malaysia

Program Juara Rakyat Parlimen Tumpat yang telah dianjurkan oleh Umno Bahagian Tumpat yang terajui oleh YB.Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar,Ketua UMNO Bahagian Tumpat bersama dengan Tn.Hj.Rosdi Ab.Aziz selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Wan Hanapi Wan Yaakob,Naib Ketua UMNO Bahagian telah berlangsung dengan cukup meriah dan berjalan dengan lancar.

Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam itu telah berjaya mengumpulkan hampir 4000 hadirin telah diadakan pada 27 dan 28 Februari 2010 di Dewan Sekolah Kebangsaan Tumpat,Kelantan turut melibatkan Ahli Jawatankuasa UMNO 4 peringkat,sukarelawan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Tumpat.

Program perasmian Juara Rakyat Parlimen Tumpat telah dirasmikan oleh YB.Datuk Suhaimi B.Ibrahim,Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.



Gambar-gambar menarik Program Juara Rakyat Parlimen Tumpat

Program Juara Rakyat Parlimen Tumpat(Bulan Kebajikan)dirasmikan oleh YB.Datuk Suhaimi Ibrahim Setiusaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Ketibaan YB.Datuk Suhaimi (kacamata hitam) telah disambut dengan bacaan selawat oleh Biro Agama Umno Bahagian Tumpat diiringi oleh YB Datuk Ketua UMNO Bahagian dan barisan AJK 4 Peringkat.
YB.Datuk Suhaimi Ibrahim(dua dari kanan) bersama-sama dengan YB.Datuk Hj.Noor Zahidi,Ketua Umno Bahagian(tiga dari kanan) dan Tn.Hj.Rosdi Ab.Aziz,Timbalan Umno Bahagian(kiri).

Hadirin dihiburkan dengan persembahan dikir barat daripada golongan orang kurang upaya

YB.Datuk Suhaimi Ibrahim menyampaian bantuan kepada penerima-penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Parlimen Tumpat.

YB.Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar,Ketua UMNO Bahagian Tumpat sedang menjamu selera sebelum ke Program Kunjungan Kasih Dun Kelaboran.

Antara hadirin dan penerima-penerima bantuan yang hadir ke Program Juara Rakyat di Sek.Keb.Tumpat.

W.Hanafi W.Yaakob,Naib Ketua Umno Bahagian,(baju kuning sebelah kanan)sedang menyaksikan orang ramai yang hadir untuk menderma darah.

Program juga dimeriahkan dengan pameran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Tumpat.

YB.Datuk Suhaimi Ibrahim menyampaikan watikah perlantikan sukarelawan Parlimen Tumpat
Barisan AJK 4 Peringkat dan Sukarelawan Mayang Tumpat sedang berhimpun di Dewan SK Tumpat untuk mendengar taklimat dan amanat dari YB.Datuk Ketua UMNO Bahagian Tumpat sebelum turun ke kawasan untuk Program Kunjungan Kasih DUN Kelaboran.


YB.Datuk Hj.Noor Zahidi,Ketua Umno Bahagian merangkap ADUN Pengkalan Kubor sedang beramah mesra dengan peserta yang hadir untuk program derma darah


Pada sebelah malam diadakan program ceramah Perdana yang bertajuk PAS mengkhianati amanah rakyat yang mana penceramahnya adalah YBhg.Dato' Osman Abdul(Bekas Ahli Parlimen Pendang) dan YBhg.Dato' Mustafa Taib(Pegawai Khas Dato' Sri Mustapa Mohamad).
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)diiringi oleh Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tumpat mengadakan lawatan rumah ke rumah(Kinjungan Kasih) sambil menyampaikan sumbangan hamper dan wang bantuan kepada penerima bantuan JKM

LAWATAN KEBAJIKAN MAULIDUR RASUL HOSPITAL LATI, PARLIMEN RANTAU PANJANG

Posted by : Bicara Rantau Panjang | | Published in

Parlimen Rantau Panjang 26 Februari 2010- Majlis lawatan dan sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Rantau panjang diadakan di Hospital Lati bagi meraikan pesakit dengan bantuan hamper kepada semua pesakit di Hospital tersebut.

Majlis yang dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yasim, Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Dr. Muhammad Bin Ismail, Pengarah Hospital Pasir Mas Dr. Hasniza Abdullah dan pimpinan UMNO empat peringkat Rantau Panjang.
Majlis tersebut dimulakan dengan Selawat beramai-ramai dan ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah Jemputan dari Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK), ucapan daripada Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri dan Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang.

Selesai ucapan, rombongan yang di ketuai oleh Ketua UMNO Bahagian di bawa melawat pesakit seluruh wad dihospital Lati dan menyampaikan hamper kepada pesakit.
Sekali lagi majlis ini dapat menjuarai hati rakyat diatas keperihatinan pemimpin kepada rakyat terutama kakitangan hospital dan pesakit.

Ucapan oleh Dr. Muhammad Ismail,Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Abdullah Mat Yasim (Abe Lah) Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang menyampaikan amanat kepada hadirin di Hospital Lati

Al-Fadhil Tuan Anuar Bin Tuan Mat sedang memberi ceramah Maulidur Rasul

Sebahagian daripada kakitangan Hospital Lati sedang asyik menghayati sirah Rasulullah yang disampaikan oleh penceramah jemputan

VVIP dan jemputan menghayati ceramah Maulidur Rasul

Abe Lah ( Bersongkok ) bertanya khabar kepada bapa salah seorang pesakit dalam wad kanak-kanak

Abe Lah diiringi Pengarah Hospital Pasir Mas ( Bertudung biru ) melawat dan menyampaikan hamper kepada pesakit

Ketua Wanita UMNO Bahagian Rantau Panjang, Hajjah Rohani Mamat tidak ketinggalan menyampaikan hamper kepada pesakit bersama Abe Lah (Kanan)

PEMIMPIN CAKNA, RAKYAT DIUTAMA

Posted by : Bicara Machang | 23 February 2010 | Published in

Program Juara diteruskan dengan program pemimpin bersama Rakyat di Kampung Pemanok dengan program Solat Hajat, Selawat Maulidul Rasul bersama penduduk Kampung Pemanok dan penduduk sekitar. Program ini dijalankan pada 19/02/2010 jam 7.00ptg.. Sambutan amat menggalakkan dan program ini juga dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Machang yang sentiasa dihati rakyat jelata.




Tn.Hj. Ahmad Jaazlan bersama-sama hadirin berselawat ke atas Junjungan Rasullullaah S.A.W dalam majlis tersebut.

Kaum Hawa juga tidak ketinggalan dalam majlis tersebut dengan sama-sama memberi sokongan sepenuhnya dalam menjayakan mejlis ini.

Hadirin sedang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tn.Hj.Ahmad jaazlan.
Kaum Hawa juga tenang mendengar tazkirah daripada Tn.Hj.Ahmad Jaazlan





PEMIMPIN CAKNA, RAKYAT DIUTAMA

Posted by : Bicara Machang | 22 February 2010 | Published in

Program Juara Rakyat diteruskan lagi di kampung Wakaf Bata pada 16/2/2010. Program ini dihadiri oleh Tn.Hj. Ahmad Jaazlan Ketua UMNO bahagian Machang. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh penduduk setempat.


Tn.Hj. Ahmad Jaazlan berbual mesra dengan penduduk kampung disamping mendengar luahan masalah dari penduduk tempatan tentang permasalahan yang dihadapi.
Tn.Hj.Ahmad Jaazlan bersalaman dengan penduduk setempat


PEMIMPIN CAKNA, RAKYAT DIUTAMAKAN

Posted by : Bicara Machang | | Published in

Pegawai khas Ketua UMNO Bahagian Machang sedang mendengar permasalahan rakyat yang disuarakan oleh salah seorang daripada yang hadir pada program sembang pagi bersama Ketua UMNO Bahagian Machang. Kehadiran yang amat menggalakkan ini menandakan sokongan rakyat kepada kepimpinan UMNO Bahagian Machang dan khas pada parti UMNO.
Tn.Hj. Ahmad Jaazlan bersama rakyat sambil mendengar luahan hati rakyat.
Diantara rakyat yang hadir pada waktu pagi bagi bersama-bersama dengan Tn.Hj.Ahmad Jaazlan.

Ahli Pas Masuk UMNO kerana kecewa

Posted by : Bicara Kuala Krai | 21 February 2010 | Published in

Riak tak puas hati mula ketara

KUALA KRAI

Perasaan tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong Pas di negeri ini terhadap tindak tanduk pemimpin parti yang sanggup berkompromi dalam soal agama dan kepentingan bangsa demi kepentingan politik, dilihat semakin ketara.

Mereka menyatakan secara terbuka untuk beralih sokongan kepada UMNO walaupun boleh menjejaskan hubungan dengan masyarakat setempat yang masih teguh sokongan kepada Pas.

Selain di jajahan Machang dan Pasir Mas baru-baru ini, semalam, 82 bekas ahli dan penyokong Pas kawasan Bukit Sireh di sini pula menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Jurucakap kumpulan itu, Zamzuri Ismail, 40, berkata, apa guna sokongan terus diberi jika tumpuan parti hanya ingin merebut kuasa sedangkan aspek kebajikan dan kepentingan terabai.

Katanya, mereka juga dukacita dengan sikap wakil rakyat yang diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu kerana gagal berperanan setelah membandingkan dengan khidmat para pemimpin UMNO setempat.

"Semua orang boleh menilai dan membuat perbandingan sekarang. Saya jangka ramai lagi menyertai UMNO walaupun mereka tidak mahu beritahu secara terbuka," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Mustapa berkata, pemimpin Pas terutama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kerap mengeluarkan fatwa serta pandangan mengelirukan telah menyebabkan sebahagian daripada ahlinya kecewa.

Katanya, beberapa tindakan Nik Abdul Aziz seperti menganggap perarakan sambutan Maulidur Rasul tidak ada fadilat, seolah-olah mempertahankan apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di Pulau Pinang.

Menurut beliau, ia menghiris perasaan umat Islam di negeri di bawah pemerintahan DAP itu sedangkan ia merupakan amalan yang baik.

"Oleh itu, dengan kemasukan ahli Pas ke dalam UMNO, memperlihatkan keyakinan pengikut Pas semakin terhakis kerana mereka percaya Pas akan terus tunduk kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang walaupun ia tidak membawa kebaikan kepada umat Islam," ujarnya.

Add to Google

Juara Rakyat - Perjumpaan Khas Bersama YB Dato' Sri Mustapa Mohamed

Posted by : Bicara Pasir Puteh | | Published in

Tempat : Dewan SM Kamil, Pasir Puteh
Tarikh : 30 Januari 2010
Kehadiran : 700 orang



YB Dato' Sri Mustapa Mohamed bersama Ketua Bahagian Pasir Puteh, Sdr Zawawi Othman, dan Timbalan Ketua Bahagian Pasir Puteh, Tuan Hj Rujihan Salleh


YB Mustapa Mohamed sedang memberi ucapan kpd hadirin yg hadir

Para hadirin kusyuk mendengar ucapan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed

Kain rentang juga turut diangkat oleh para hadirin bg menunjukkan sokongan terhadap wang ihsan yg diberikan kerajaan pusat

PROGRAM WARGA CERIA DAN CERAMAH ISU SEMASA

Posted by : Bicara Bachok | | Published in

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT BACHOK


20/2/2010 jam 9.00 malam bertempat di Taman Perumahan Suria,Kg Pak Badol, Jelawat telah diadakan program Warga Ceria dan Ceramah Isu Semasa. Penceramah yang hadir ialah Ust. Omar Khalid dan Dato' Mustapha Taib.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Senator Dato' Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan 2 merangkap Ketua UMNO Bahagian Bachok serta YBhg. Dato' Ilias Hussin, Penyelaras DUN Jelawat.

Program ini dihadiri seramai 300 orang dikalangan penduduk sekitar Kg. Pak Badol disemua peringkat umur.

Dato' Awang melahirkan rasa bangga dengan kehadiran dan sambutan yang telah diberikan oleh semua pihak. Dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan ini beliau merasakan ini adalah ' signal ' dan petunjuk kepada gelombang kebangkitan rakyat Bachok bagi BN memenangi pilihanraya Umum nanti.

"Setiap parti yang bakal dipilih oleh pengundi perlu dinilai sejauh mana kemampuan parti tersebut dalam menangani masalah rakyat dan bukan hanya melihat pada luaran sahaja. Kita jangan tertipu dengan kebaikan yang hanya ditunjukkan 5 tahun sekali ", nasihat beliau kepada pengundi.





Ucapan Dato' Awang yang melihat rakyat Bachok sudah bangkit



Ucapan Dato' Ilias yang mahukan perubahan kepada Bachok


Ceramah Dato' Mustapha Taib tentang isu-isu semasa



Ceramah Ust Omar Khalid tentang penyelewengan PAS terhadap agama


Sedang mengamati penjelasan yang diberikan

TAKLIMAT DAN DAFTAR PENGUNDI

Posted by : Bicara Rantau Panjang | 20 February 2010 | Published in




Pada 16 Februari 2010 Majlis Juara Rakyat bagi Parlimen Rantau Panjang telah diadakan di Kg. Teresek bagi mengesan dan taklimat kesedaran kepada penduduk termasuk dari kaum Siam.

Majlis ini telah berlangsung bermula jam 4.00 petang melibatkan kehadiran 200 orang dan satu kaunter daftar pemilih yang di kendalikan oleh wakil pendaftar yang telah dilantik untuk mendaftar turun dari kampung ke kampung.

Dalam majlis tersebut yang dihadiri oleh En. Abdullah bin Mat Yasin (Abe Lah ), Ketua Bahagian Rantau Panjang dan menyampaikan taklimat kepentingan mendaftar sebagai pengundi.





Penduduk Kampung sedang mendengar ucapan dan taklimat daripada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang.

Walaupun sudah berumur bukan penghalang untuk mendaftar sebagai pengundi baru

Wakil pendaftar sedang menyemak borang yang dihantar oleh pemohon




Abe Lah, Ketua UMNO Bahagian ( T-Shirt berbelang merah) sedang melayan dan mendengar permasalahan penduduk

Himpunan Warga Emas Dun Pengkalan Kubor

Posted by : Bicara Tumpat | | Published in





Bicara Tumpat...


Majlis dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Burung Murai


Pusat Khidmat Rakyat Dun Pengkalan Kubor yang di terajui oleh YB. Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar,Adun Pengkalan Kubor merangkap Ketua Umno Bahagian Tumpat telah mengadakan satu program bagi menghimpunkan dan meraikan warga emas di dalam dun Pengkalan Kubor yang mana melibatkan kesemua warga emas di 11 peti undi dun Pengkalan kubor.


Majlis YB.Datuk Ketua Bahagian bersama warga emas ini juga turut dimeriahkan lagi pengisiannya dengan pertandingan burung Murai Kampung dan juga burung Murai Batu dari seluruh negeri Kelantan.Program ini telah diadakan di perkarangan Gelanggang Futsal Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional dun Pengkalan Kubor di Kg.Geting.

Program yang diadakan iti telah berjaya menghimpunkan hampir 4,000 orang dan menyebabkan keadaan jalan dan perkarangan Pusat Khidmat Rakyat menjadi sesak dengan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan pertandingan burung dan juga warga emas untuk bersama Yb.Adun Pengkalan Kubor.Program ini menyediakan cabuatan bertuah yang berupa seekor lembu dan seekor kambing yang disumbangkan oleh Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar YB Adun Pengkalan Kubor merangkap Ketua Umno Bahagian Tumpat.


Pemimpin diperingkat bahagian yang turut hadir pada hari tersebut ialah Naib Ketua Umno Bahagian,Sdr.Wan Hanapi Wan Yaacob,Ketua Pemuda Umno Bahagian,Sdr.Rosidi Mahmud Kamarudin dan barisan exconya yang sama-sama meraikan warga emas yang hadir.


Walaupun pihak Pusat Khidmad Rakyat hanya menjangkakan kehadirn warga emas sekitar 300 orang sahaja tetapi kehadiran memang di luar dugaan apabila warga emas yang hadir seramai 714 orang yang terdiri dari pelbagai kaum tetapi keadaan ini mampu ditanggani dengan baik oleh staf Pusat Khidmat Rakyat dan juga Exco Pemuda Umno Bahagian yang diterajui oleh Sdr.Rosidi Mahmud Kamarudin yang turut bersama-sama mengagihkan barang-barang dan juga cabutan bertuah kepada warga emas.


Keprihatinan dan kecaknaan Datuk hj.Noor Zahidi selaku wakil rakyat di dun Pengkalan Kubor sememangnya patut dicontohi oleh wakil-wakil rakyat di dun-dun lain baik dari parti Pas mahupun parti BN sendiri kerana beliau menakbur bakti bukan hanya apabila tiba musim pilihnaraya sahaja tetapi keprihatinan beliau tidak mengira masa kepada rakyat,khususnya di dun Pengkalan Kubor.

Melihat kepada sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh semua petugas dan hadirin maka Yb.Datuk Ketua dalam ucapannya sangat-sangat berbesar hati dan akan mengadakan program sedemikian rupa sebagai program bulanan dun Pengkalan Kubor iaitu pada minggu kedua setiap bulan.Program bersama warga emas yang akan diadakan selepas ini tidak lagi akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat ini memandangkan keadaannya yang agak kurang selesa dan akan diadakan di dewan yang lebih besar dan selesa bagi meraikan warga emas ini.


Datuk Hj.Noor Zahidi atau juga panggilan mesra rakyat iaitu Datuk Di juga menyeru pemimpin-pemimpin Umno di dun lain dalam Parlimen tumpat supaya menjadikan program bersama warga emas ini suatu kemestian di dalam setiap bulan tanpa mengira fahaman politik kerana program-program bagi meraikan warga emas beginilah yang harus dilaksanakan dalam menjaga kebajikan rakyat dan bukan hanya dengan berceramah sahaja.

Gambar-gambar menarik sekitar program

Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar sedang menyampaikan ucapan kepada warga emas

Warga emas yang hadir khusyuk mendengar ucapan YB.Adun Pengkalan Kubor

Datuk Hj.Noor Zahidi(Datuk Di)YB.Adun Pengkalan Kubor tidak menang tangan meraikan warga emas

Ketua Pemuda,Rosidi Mahmud Kamarudin dan Barisan Exco (baju oren) membantu warga emas yang hadir

Exco Pemuda Umno Bahagian segak dengan baju oren untuk menyambut dan memimpin warga emas yang hadir

Warga emas dari masyarakat siam juga tidak ketinggalan dijemput hadir

Datuk Di sedang menyampaikan sedikit sumbangan kepada warga emas yang hadir

Datin Muna(Isteri datuk Di)juga juga meluangkan masa untuk bersama meraikan warga emas

Datuk Di tekun mendengar suara burug murai yang dipertandingkan

Datuk Di sedang membuat cabutan nombor bertuah

Antara burung murai yang dipertandingkan

Ketua Pemuda Umno Bahagian,Sdr.Rosidi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan burung murai

Datuk Di menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan burung murai

Pemenang cabutan bertuah seekor kambing yang disumbangkan oleh Datuk Di

Warga emas yang paling bertuah apabila mendapat seekor lembu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...