JUARA RAKYAT BERSAMA DATUK RAMZI , Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai

Posted by : Anonymous | 02 March 2010 | Published in










Program Juara Rakyat menjadi aktiviti berpanjangan oleh Pemimpin UMNO termasuk Pemimpin UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman. Datuk Ramzi yang sememangnya sudah serasi dengan rakyat , baru-baru ini turut sama bermesra dengan rakyat dalam Program Juara Rakyat di Kampung Slow Temiang pada 25hb Februari 2010 dan di Penempatan Ladang Lepan Kabu, Pahi pada 28hb Februari 2010. Di kesempatan beginilah Datuk Ramzi dapat berjumpa dengan rakyat peringkat akar umbi di samping turut menyampaikan ceramah 1 Malaysia dan berdailog serta cuba menangani permasalahan yang disuarakan oleh rakyat di peringkat akar umbi. Program Juara Rakyat kali ini mendapat sambutan yang hebat kerana ianya dirancang bersempena Sambutan Maulidurasul dan tema bulan Februari iaitu Bulan Kebajikan.

TAN SRI ANNUAR MUSA BERSAMA RAKYAT MELOR

Posted by : Bicara Ketereh | | Published in

Program : Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Ketereh dan
Pembahagian Hadiah Kecemerlangan Akademik

Tempat : Sek Sri Melor

Masa : 8.00 Malam - 12.00 Malam

Tarikh : 26hb. Februari, 2010


Satu Majlis Maulidur Rasul peringkat Parlimen Ketereh telah dijalankan di Padang Sek Sri Melor yang mana dihadiri pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Ketereh, pemimpin NGO's dan rakyat di kawasan DUN Melor. Selain mengadakan ceramah dan selawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w., Tan Sri Annuar Musa juga telah menyumbangkan hadiah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR/PMR yang melibatkan seramai 125 orang pelajar.


Sembahyang Isyak Berjemaah

Orang Ramai Hadir Sembahyang Isyak Berjemaah


Hadirin Mengaminkan Doa



Berzanji dan Berselawat



Hadirin Berselawat


Tan Sri Hj. Annuar Hj. Musa
Ketua UMNO Bahagian Ketereh



Penceramah Jemputan




Tan Sri makan bersama rakyat


Jamuan Makan



Juara Rakyat Kota Bharu - Majlis Penyampaian Beras Utk Rakyat Miskin

Posted by : Bicara Kota Bharu | 01 March 2010 | Published in

Semua majlis di bawah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Mohd. Fatmi b. Hj. Che Salleh, Setiausaha Politik kpd YAB Perdana Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.


DUN Kota Lama, Parlimen Kota Bharu,
12hb Februari 2010
Sek. Keb. Padang Garong(1), Kota Bharu





DUN Tanjung Mas, Parlimen Kota Bharu
13hb Februari 2010
Sek. Keb. Islah, Kota Bharu






DUN Bunut Payong, Parlimen Kota Bharu
13hb Februari 2010
Sek. Keb Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu





PEMIMPIN MESRA,CAKNA, RAKYAT DIUTAMAKAN

Posted by : Anonymous | | Published in




Program Juara Rakyat parlimen Pengkalan Chepa Yang telah dianjurkan oleh Umno Bahagian Pengkalan Chepa Yang diterajui oleh seorang tokoh muda Saudara Dali bin Hussin, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa bersama dengan Saudara Che Rosli Bin Che Hassan selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Saudara Zaluzi Bin Sulaiman, Naib Ketua UMNO Bahagian, Saudara Che Soh Bin Che Will telah berjalan dengan lancar dengan suasana yang cukup meriah sekali.

Program ini dapat merapatkan hubungan masyarakat dalam kawasan Pengkalan Chepa berjaya mengumpul pengundi tanpa mengira fahaman politik dan ideologi.



Ketua UMNO Bahagian sedang menyampaikan amanat dan tazkirah kepada semua hadirin selepas solat isya' dan tahlil.


Khusyuk...Ketua Bahagian UMNO bersama-sama masyarakat.


Masyarakat terpegun dengan ucapan Ketua Bahagian.


Ketua Bahagian mengaminkan doa.

Orang Ramai menikmati makan malam

KETUA UMNO RANTAU PANJANG BERSAMA RAKYAT

Posted by : Bicara Rantau Panjang | | Published in

Parlimen Rantau Panjang 28 Februari 2010 - Kehadiran Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang En Abdullah Mat Yasim ( Abe Lah ) bersama rakyat di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang dalam program Juara Rakyat memeriahkan lagi acara dan program tersebut.
Program yang di hiasi dengan permainan rakyat yang bermula jam 8.00 pagi itu telah dihadiri oleh 800 orang penduduk sekitar Parlimen Rantau Panjang. Kemeriahan acara yang dipertandingkan memukau para hadirin sehingga keakhir acara.
Sikap ramah mesra Abe Lah bersama hadirin dan peserta menambahkan lagi kemeriahan majlis. Pemimpin Bersama Rakyat benar-benar berkesan kerana penduduk dapat bertemu, bermesra secara langsung dan tanpa ada halangan sebagaimana yang ditonjolkan oleh Ketua UMNO Rantau Panjang ini membuatkan keakraban antara Pemimpin dan penduduk setempat.
Abe Lah (Bertopi hitam ) Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang bersama kepimpinan UMNO Rantau Panjang
Abe Lah sedang bermain teka teki pemenang antara dua kempulan tarik tali
Tarik tali adalah salah satu program yang mengeratkan hubungan antara penduduk setempat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...