TARIKH : 2 OGOS 2012 /13 RAMADAN 1433
MASA : 10.00 MALAM
TEMPAT : PDM ISLAH LAMA DAN KG.DUSUN,
YBhg.Dato'Hj Mohd.Fatmi Hj Che Salleh,Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Kota Bharu sempat meluangkan masa bersembang sambil makan colek dengan masyarakat setempat selepas menunaikan Solat Terawih di Masjid Bahagia,Kg.Dusun,Kota Bharu,Kelantan.
Turut serta dalam Majlis Makan Colek itu ialah YBrs.En.Tan Ken Ten bersama OBP masyarakat tionghua,sementara YBrs.En.Veloo A/L Perumal diiringi oleh beberapa Orang Kanan MIC Kota Bharu .
Pelbagai topik isu semasa diutarakan malah turut diperdebatkan berselang seli dengan gelak ketawa,jelas suasana begitu mengeratkan lagi silaturahim, perpaduan serta muhibah.
Semua yang hadir cukup berselera menikmati rojak buah,rojak ayam,sotong,ikan dan udang celup tepung,colek kerang dan pelbagai aneka makanan termasuk buah durian namun penulis hanya
memilih untuk menjamah sedikit rojak buah, bimbang Diabetes dan Hypertension melonjak tinggi.(Berpuasa amat membantu)
Semoga penyatuan/perpaduan menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama.
SHAP DUN N.09-KOTA LAMA : PEMIMPIN BN MAKAN COLEK SELEPAS SOLAT TERAWIH DI PDM ISLAH LAMA DAN KG.DUSUN ,DUN N.09-KOTA LAMA,PARLIMEN P.021-KOTA BHARU
Posted by : Bicara Kota Bharu | 06 August 2012 | Published in Kota Bharu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(0) Comments
Leave a Response