JUARA RAKYAT GUA MUSANG - PEMIMPIN UMNO TURUN PADANG MENDEKATI MASYARAKAT KAMPUNG DAN MASYARAKAT ORANG ASLI.

Posted by : Bicara Gua Musang | 13 July 2010 | Published in

GUA MUSANG - Pemimpin UMNO tempatan yang diketuai oleh Yb. Mat Yusoff Abd Ghani telah turun padang untuk bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat kampung Lalang serta kampung sekitar di program Juara Rakyat. Program ini juga telah menarik minat masyarakat Orang Asli untuk turut serta dengan keluar beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis serta bagi bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin. Program Juara Rakyat ini telah diadakan pada 12 Jun 2010, yang mana majlis dimulakan pada sebelah petang dengan acara pertandingan sepak takraw. Pada sebelah malam pula majlis dimulakan pada pukul 8.00 malam bertempat di Dataran Kampung Lalang, Kuala Betis Gua Musang. Antara acara yang berlangsung pada sebelah malam adalah ceramah isu-isu semasa, upacara pembahagian hadiah kepada pemenang sukan, penyampaian hadiah cabutan bertuah dan disudahi dengan persembahan life band orang asli.


Antara masyarakat yang hadir

Ucapan alu-aluan daripada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gua Musang

Tetamu kehormat yang hadir



Yb. Mat Yusoff Abd. Ghani sedia menyampaikan hadiah cabutan bertuah


Masyarakat Orang Asli dan masyarakat kampung menari


(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...