Lawatan khas YB Dato' Sri Ismail Sabri ke Pasir Mas..

Posted by : Bicara Pasir Mas | 13 July 2010 | Published in

Bicara Pasir Mas menulis.. 

Sekitar lawatan kerja YB Dato' Sri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ke Bahagian Pasir Mas. Beliau yang merupakan bapa angkat kepada UMNO Bahagian Pasir Mas rupanya berasal dari Kg Gua, Salor iaitu satu kawasan di seberang Pasir Mas. 

Tidak hairanlah beliau mampu bertutur dalam loghat Kelantan dengan cukup fasih.

Ketibaan beliau di pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas disambut oleh Dato' Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian, untuk mengadakan ramah mesra bersama AJK UMNO Bahagian dalam satu pertemuan tertutup selama kira-kira 1 jam.

Kunjungan ini adalah yang pertama beliau sebagai Bapa Angkat dan berharap agar hubungan yang terjalin ini dapat memberi manfaat kepada semua.














(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...