Juara Rakyat - Tinjauan Mesra, Cakna Rakyat pada 10 Julai 2010 di Kg. Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan

Posted by : Bicara Kota Bharu | 13 July 2010 | Published in



YBhg. Dato' Hj.Muhamad Fatmi sedang bersembang serta bersarapan bersama masyarakat Kg.Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan. Segala isu merangkumi kehidupan seharian, bola sepak Piala Dunia, seni budaya, tidak ketinggalan isu-isu politik semasa dibicarakan.



Menyusuri setiap lorong untuk meninjau sendiri keadaan rakyat.
Pegawai Kebajikan Masyarakat turut serta untuk mendaftar jika ada golongan yang sepatutnya mendapat bantuan dan pembelaan.



Warga emas yang uzur meluahkan penderitaan penyakit yang dialami kepada YBhg. Dato' Hj.Muhamad Fatmi. Sumbangan peribadi turut dihulurkan di samping warga emas ini didaftar untuk menerima bantuan dari JKM.


YBhg.Dato' Hj.Muhamad Fatmi meminta supaya JKKKP memastikan golongan yang layak tidak tercicir untuk memperolehi bantuan yang sepatutnya.



YBhg.Dato' Hj.Muhamad Fatmi melakukan lawatan dari rumah ke rumah khususnya golongan warga emas, uzur, OKU dan keluarga termiskin, bagi menghulurkan bantuan mengikut keperluan masing-masing.



Pemeriksaan kesihatan, "Gaya Hidup Sihat" turut diadakan di samping Gerakan Daftar Pemilih.


Masyarakat Kg.Paloh, Pintu Geng bersama YBhg.Dato' Hj.Muhamad Fatmi sedang menikmati Jamuan Rakyat pada tengah hari bermenukan "nasi ulam".

(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...