SEMBANG GERAI - PEMIMPIN CAKNA RAKYAT

Posted by : Bicara Bachok | 20 February 2010 | Published in

21/2/2010 jam 8.00 pagi YB Senator Dato' Dr. Awang Adek Hussin bersama-sama kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian Bachok turun padang dengan mengadakan program sembang gerai di Kg. Tempoyak, Bekelam ( DUN Tawang ).

Program ini diadakan bagi mewujudkan hubungan pemimpin dengan masyarakat setempat dan menyelami secara terus permasalahan yang timbul dikalangan masyarakat. ianya juga merialisasikan hasrat PM dalam slogan 1Malaysia ' Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.

" Walaupun tidak dipilih oleh pengundi di Bachok sebagai wakil rakyat di Parlimen Bachok namun tanggungjawab yang diamanahkan oleh PM perlu diteruskan bagi kepentingan rakyat.Sebagai seorang pemimpin kepentingan rakyat perlu diutamakan", kata beliau.

Ketibaan YB Senator Dato' Dr. Awang Adek Hussin di sambut oleh penduduk

YB Senator Dato' Dr. Awang Adek sedang memberikan sedikit ucapan kepada para penduduk

Masyarakat setempat beramai-ramai ke tempat program utk beramah mesra dgn Dato' Awang Adik

Penduduk sedang menjamu selera

Saudara Jali Salam Pantai Timur juga turut hadir memeriahkan majlis

Dato' Dr. Awang Adek sedang beramah mesra dgn masyarakat setempat

Wang Ihsan Utk Orang Miskin

Posted by : Anonymous | 17 February 2010 | Published in

Golongan miskin akan menjadi fokus utama dalam memperuntukkan pemberian wang ihsan berjumlah RM20 juta kepada Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, fokus kepada golongan miskin diberikan keutamaan pada ketika ini kerana peruntukan wang ihsan itu adalah kecil jika dibandingkan peruntukan Pusat kepada Kelantan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) iaitu RM7.5 bilion.:

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, dengan jumlah peruntukan itu pada tahun ini, ianya tidak cukup untuk membiayai projek-projek pembangunan.

Kita akan lebih fokus kepada membantu golongan miskin, seperti memberi bantuan secara langsung atau membaiki rumah mereka kerana untuk projek pembangunan memerlukan peruntukan yang lebih besar.:

“Namun ianya masih di peringkat perancangan dan masih belum diputuskan lagi bagaimana kaedah agihannya. Peruntukan itu dijangka akan diberikan pada penghujung Mac nanti,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin UMNO Bahagian Kubang Kerian, di sini, semalam.

Mustapa berkata demikian mengulas mengenai keengganan Kerajaan Negeri Pas Kelantan untuk menyertai Jawatankuasa khas membincangkan peruntukan wang ihsan.

Juara Rakyat Kota Bharu - Majlis Himpunan Ibubapa dan Pelajar

Posted by : Bicara Kota Bharu | 16 February 2010 | Published in

Pada 30hb Januari 2010 bertempat di Sek. Men Kebangsaan Kota, Kota Bharu, telah berlangsung majlis himpunan ibubapa dan pelajar sekolah dalam kawasan Kota Bharu. Majlis yg bermula pada jam 9.30 pg itu telah disempurnakan oleh YBhg. Dali b. Hussein, Ketua Penerangan UMNO Kelantan sbg. mewakili YBhg. Dato' Hj. Mohd. Fatmi b. Hj. Che Salleh, Setiausaha Politik kpd YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.Dalam majlis itu juga, seramai 200 pelajar miskin telah menerima sumbangan bantuan kewangan.

YBhg Dali b. Hussein bersama dif-dif jemputan di pentas utama

YBhg. Dali Hussein sedang memberikan bantuan kewangan kpd ibubapa pelajar miskin

Dato' Pi bermesra bersama masyarakat Tiong Hwa

Posted by : Bicara Pasir Mas | 15 February 2010 | Published in

oleh Bicara Pasir Mas
Program : Majlis Bersama masyarakat Tiong Hwa
Tarikh : 11 Februari 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Mas






Dato' Pi bersama masyarakat Tiong Hwa Pasir Mas

Dato' Pi bersama rakyat di Kg Baru Pak Hussin

Posted by : Bicara Pasir Mas | 14 February 2010 | Published in

oleh Bicara Pasir Mas
 
Program : Majlis Bersama Pimpinan Masyarakat DUN Tendong
Tarikh : 13 Februari 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balairaya, Kg Baru Pak Hussin, DUN Pengkalan Pasir






Dato' Pi bersama penduduk kampung

 
 Cikgu Noor mempengerusikan majlis mengalu-alukan kedatangan Dato' Pi

 
 Dato' Pi menyampaikan ucapan kepada hadirin
 
Tekun mendengar ucapan Dato' Pi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...