KWAPM UNTUK PELAJAR MISKIN

Posted by : Bicara Bachok | 21 July 2012 | Published in


Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merapatkan jurang pendidikan yang wujud merupakan satu agenda utama dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Sehubungan itu, segala usaha yang berkaitan dengan Bantuan Persekolahan kepada golongan yang berkelayakan akan sentiasa menjadi keutamaan KPM.

Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Adalah menjadi hasrat KPM untuk membasmi murid yang tercicir daripada persekolahan akibat kemiskinan di samping memberikan golongan ini akses pendidikan yang sama rata dalam menjana kecemerlangan negara. 
Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).
Di Parlimen Bachok pengagihan Wang KWAPM 2012 mula diagihkan bermula awal Julai baru-baru ini.

YB Dato Hassan Malek, Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah menyampaikan Buku Bank berisi Wang KWAPM kepada ibubapa penerima di Balairaya Kg Mujor sempena lawatannya ke Kelantan diperhatikan oleh YBhg Dato' Ilias selaku Penyelaras DUN Jelawat

Tn Hj Mohd Zain Yassim selaku Penyelarasa DUN Tawang menyampaikan Buku Bank yang berisi Wang KWAPM kepada Ibubapa penerima di Balairaya Wakaf Aik, TAwang


PELAJAR TERIMA WANG IHSAN

Posted by : Bicara Bachok | | Published in


Seramai 108 penerima daripada Parlimen Bachok menerima Wang Ihsan yang diadakan  pasa 21 Julai 2012 bertempat di Dewan Haji Hussin, Perupok, bagi menampung perbelanjaan di IPTA. Bagi penuntut peringkat Ijazah memperolehi RM800.00, Diploma RM500.00 dan Matrikulasi RM300.00.

Majlis yang diadakan ini adalah kali ke 11 yang bermula pada tahun 2011. Diharapan dengan pemberian Wang Ihsan ini sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban pelajar tersebut.

YB Dato' Dr Awang Adek Hussin menyampaikan ucapan kepada pelajar dan ibubapa yang hadir.

YB Dato' Dr Awang Adek Hussin menyampaikan Wang Ihsan kepada Pelajar

WARGA KOTA BHARU PERLU PERUMAHAN RAKYAT

Posted by : Bicara Kota Bharu | 18 July 2012 | Published in


Sepanjang hampir 22 tahun Kerajaan PAS Kelantan memerintah, tiada satu pun Perumahan Rakyat dibina. Rakyat Kelantan yang tidak berkemampuan terpaksa menumpang diatas tanah orang sementara menanti tanah yang amat berharga ini dibangunkan oleh pemilik. Mereka berharap pemilik tanah tidak bangun dan majukan tanah ini, sedangkan bagi pihak pemilik pula hanya menanti tawaran terbaik dari Pemaju untuk mengadakan usahasama dan perolehi keuntungan lumayan. Jika impian pemilik tanah menjadi kenyataan, kemana pula penghuni rumah ini akan berkelana?

Ramai tokoh usahawan yang berhasrat untuk membantu namun masalah TANAH menjadi halangan utama.

PKJ - PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT "TINJAUAN MESRA CAKNA RAKYAT" DI PDM KG SIRIH BAWAH LEMBAH KOTA BHARU

Posted by : Bicara Kota Bharu | 29 March 2012 | Published in

"Bantu Saya Untuk Bantu Rakyat" - Dato' Hj. Muhammad Fatmi bin Hj. Che Salleh, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.









PKJ - PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT P-021 KOTA BHARU

Posted by : Bicara Kota Bharu | 28 February 2012 | Published in

"Bantu Saya Untuk Bantu Rakyat" - Dato' Hj. Muhammad Fatmi bin Hj. Che Salleh, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.








































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...