KWAPM UNTUK PELAJAR MISKIN

Posted by : Bicara Bachok | 21 July 2012 | Published in


Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merapatkan jurang pendidikan yang wujud merupakan satu agenda utama dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Sehubungan itu, segala usaha yang berkaitan dengan Bantuan Persekolahan kepada golongan yang berkelayakan akan sentiasa menjadi keutamaan KPM.

Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Adalah menjadi hasrat KPM untuk membasmi murid yang tercicir daripada persekolahan akibat kemiskinan di samping memberikan golongan ini akses pendidikan yang sama rata dalam menjana kecemerlangan negara. 
Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).
Di Parlimen Bachok pengagihan Wang KWAPM 2012 mula diagihkan bermula awal Julai baru-baru ini.

YB Dato Hassan Malek, Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah menyampaikan Buku Bank berisi Wang KWAPM kepada ibubapa penerima di Balairaya Kg Mujor sempena lawatannya ke Kelantan diperhatikan oleh YBhg Dato' Ilias selaku Penyelaras DUN Jelawat

Tn Hj Mohd Zain Yassim selaku Penyelarasa DUN Tawang menyampaikan Buku Bank yang berisi Wang KWAPM kepada Ibubapa penerima di Balairaya Wakaf Aik, TAwang


(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...