DIKIR BARAT JUARA RAKYAT DUN KUALA BALAH MERIAH

Posted by : Anonymous | 05 April 2010 | Published in

12 Mac 2010, Lubok Bongor - Dikir Barat bertemakan 1Malaysia telah diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh penduduk sekitar. YB. Datuk Hj. Abdul Aziz Derashid, ADUN Kuala Balah menyifatkan program ini adalah satu langkah untuk memperkenalkan gagasan 1Malaysia kepada orang ramai khusus golongan muda. Antara pendikir-pendikir tersohor yang diundang ialah Halim Yazid, Tuan Kob Raja Saring, Mail Anak Kala dan Adik Mie yang turut berganding dengan pendikir-pendikir tempatan. Orang ramai yang hadir lebih kurang 500 orang amat berpuas hati dengan program ini.



Peminat wanita juga turut hadir dan tekun mendengar celoteh pendikir dan tukang karut


Antara tetamu yang hadir ialah Ustaz Zahari Che Mahmood Setiausaha UMNO Bahagian Jeli, Rodzi Mohamad KPPM Dun Kuala Balah dan pemimpin tempatan.


YB. Datuk Hj. Abdul Aziz Derashid turut menyampaikan sumbangan hamper kepada warga-warga emas dan veteren-veteren UMNO yang hadir ke majlis.





JUARA RAKYAT : KEJOHANAN PETANQUE 1KOTA BHARU

Posted by : Bicara Kota Bharu | | Published in



Kejohanan Petanque telah dijalankan di Gelanggang Petanque Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu yang mana melibatkan Agensi Kerajaan, Pemimpin Masyarakat Tempatan dan juga Pertubuhan Sukarela. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Mohamad Fatmi Hj. Che Salleh, Setiausaha Politik YAB. Perdana Menteri Malaysia.

Tarikh Kejohanan : 27 & 28 Mac, 2010

Masa : 9.00 Pagi - 5.30 Petang



Pertandingan sedang dilangsungkan.


Majlis Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh YBrs. En. Zulkifli Bin Abd. Ghani, Setiausaha UMNO Bhg. Kota Bharu.


Antara pasukan yang terlibat

PERHIMPUNAN WARGA PENDIDIK PARLIMEN JELI

Posted by : Anonymous | | Published in

Ucapan Perasmian Oleh YB. Dato' Sri Hj. Mustapa Mohamad
Tanggal 31 Januari 2010, UMNO Bahagian Jeli tampil meraikan warga pendidik di seluruh Parlimen Jeli. YB. Dato' Sri Mustapa Mohamed dalam ucapan merasmikan majlis menekan aspek pendidikan di Jeli dalam menjadikan Parlimen Jeli sebagai Pusat Pendidik di Negeri Kelantan. Ini kerana dengan terbinanya Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains Jeli dan Sekolah Menengah Jeli Dua yang sedang dalam pembinaan yang dijangka siap tidak lama lagi. Tambahnya lagi, "di Bukit Bunga kita ada Kolej Komuniti Jeli dan UiTM Cawangan Jeli sedang memilih pelajar untuk melanjutkan pelajaran pada tahun ini". Maka adalah lebih wajar jika penduduk Jeli turut seiring dengan cita-cita saya dan yang menjadi tunggak kepada kejayaan ini adalah peranan warga pendidik khususnya di Parlimen Jeli dalam mendidik pelajar-pelajar. Turut hadir dalam majlis ini ialah bekas-bekas pendidik di seluruh Parlimen Jeli dan pelajar-pelajar cemerlang.

PDD Jeli tampil selangkah kehadapan dengan melancarkan Buku Pelan Strategik PDD Jeli bagi tahun 2010-2014 yang dilancarkan YB. Dato' Sri Hj. Mustapa Mohamed. Turut bersama dalam gimit pelancaran ini ialah YB. Datuk Hj. Abdul Aziz Derashid, Pegawai PPD Jeli dan wakil Pengarah Kampus UiTM Machang.

Pelajar cemerlang di setiap sekolah dalam Parlimen Jeli turut menerima cenderahati dan sumbangan daripada YB. Dato' Sri Hj. Mustapa Mohamed diatas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas.



Cikgu Muhd Afandi Abdullah (berbaju batik putih) yang merupakan anak jati Jeli yang telah bersara daripada perkhidmatan seorang guru pada tahun 2000 telah dianugerahkan 'Tokoh Guru 2010' peringkat Parlimen Jeli kerana jasa dan baktinya yang masih lagi meneruskan kerja amalnya mendidik dan menabur jasa kepada anak bangsa sehingga kini.

JUARA RAKYAT : Lawatan Khairy Jamaluddin di Bahagian Ketereh

Posted by : Bicara Ketereh | 03 April 2010 | Published in









UMNO GUA MUSANG JUARA MASYARAKAT ORANG ASLI

Posted by : Bicara Gua Musang | 02 April 2010 | Published in

TARIKH : 22.03.2010
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI KG. LAMBOK, GUA MUSANG.



YB.MAT YUSOFF ABD GHANI SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH ISU-ISU SEMASA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...