Tanggal 31 Januari 2010, UMNO Bahagian Jeli tampil meraikan warga pendidik di seluruh Parlimen Jeli. YB. Dato' Sri Mustapa Mohamed dalam ucapan merasmikan majlis menekan aspek pendidikan di Jeli dalam menjadikan Parlimen Jeli sebagai Pusat Pendidik di Negeri Kelantan. Ini kerana dengan terbinanya Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains Jeli dan Sekolah Menengah Jeli Dua yang sedang dalam pembinaan yang dijangka siap tidak lama lagi. Tambahnya lagi, "di Bukit Bunga kita ada Kolej Komuniti Jeli dan UiTM Cawangan Jeli sedang memilih pelajar untuk melanjutkan pelajaran pada tahun ini". Maka adalah lebih wajar jika penduduk Jeli turut seiring dengan cita-cita saya dan yang menjadi tunggak kepada kejayaan ini adalah peranan warga pendidik khususnya di Parlimen Jeli dalam mendidik pelajar-pelajar. Turut hadir dalam majlis ini ialah bekas-bekas pendidik di seluruh Parlimen Jeli dan pelajar-pelajar cemerlang.
PDD Jeli tampil selangkah kehadapan dengan melancarkan Buku Pelan Strategik PDD Jeli bagi tahun 2010-2014 yang dilancarkan YB. Dato' Sri Hj. Mustapa Mohamed. Turut bersama dalam gimit pelancaran ini ialah YB. Datuk Hj. Abdul Aziz Derashid, Pegawai PPD Jeli dan wakil Pengarah Kampus UiTM Machang.
Cikgu Muhd Afandi Abdullah (berbaju batik putih) yang merupakan anak jati Jeli yang telah bersara daripada perkhidmatan seorang guru pada tahun 2000 telah dianugerahkan 'Tokoh Guru 2010' peringkat Parlimen Jeli kerana jasa dan baktinya yang masih lagi meneruskan kerja amalnya mendidik dan menabur jasa kepada anak bangsa sehingga kini.
salam..
saya merupakan graduan anak kelantan..
saya berminat untuk bekerja sebagai pensyarah di kolej politeknik jeli yg bakal dibuka..
bagaimana cara untuk saya memohon jawatan tersebut?