SHAP DUN N.09-KOTA LAMA : PEMIMPIN BN MAKAN COLEK SELEPAS SOLAT TERAWIH DI PDM ISLAH LAMA DAN KG.DUSUN ,DUN N.09-KOTA LAMA,PARLIMEN P.021-KOTA BHARU
Posted by : Bicara Kota Bharu | 06 August 2012 | Published in Kota Bharu
MASA : 10.00 MALAM
TEMPAT : PDM ISLAH LAMA DAN KG.DUSUN,
YBhg.Dato'Hj Mohd.Fatmi Hj Che Salleh,Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Kota Bharu sempat meluangkan masa bersembang sambil makan colek dengan masyarakat setempat selepas menunaikan Solat Terawih di Masjid Bahagia,Kg.Dusun,Kota Bharu,Kelantan.
Turut serta dalam Majlis Makan Colek itu ialah YBrs.En.Tan Ken Ten bersama OBP masyarakat tionghua,sementara YBrs.En.Veloo A/L Perumal diiringi oleh beberapa Orang Kanan MIC Kota Bharu .
Pelbagai topik isu semasa diutarakan malah turut diperdebatkan berselang seli dengan gelak ketawa,jelas suasana begitu mengeratkan lagi silaturahim, perpaduan serta muhibah.
Semua yang hadir cukup berselera menikmati rojak buah,rojak ayam,sotong,ikan dan udang celup tepung,colek kerang dan pelbagai aneka makanan termasuk buah durian namun penulis hanya
memilih untuk menjamah sedikit rojak buah, bimbang Diabetes dan Hypertension melonjak tinggi.(Berpuasa amat membantu)
Semoga penyatuan/perpaduan menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama.
MAJLIS MAKAN COLEK SELEPAS SOLAT TERAWIH UMNO CAWANGAN LORONG ISLAH LAMA,DUN KOTA LAMA,PARLIMEN KOTA BHARU
Posted by : Bicara Kota Bharu | 31 July 2012 | Published in Kota Bharu
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung Silaturahim
Program Penghayatan Ihya Ramadhan
Posted by : Bicara Pasir Puteh | 28 July 2012 | Published in Pasir Puteh
Kabanyakkan guru yang hadir sedikit kekok bila borang pendaftaran yg di isi perlu di hantar selepas majlis berakhir :)
Ada yang khusyuk mendengar tak kurang yang 'ngepek' sorang2 di tepi pagar. Mungkin guru tersebut terkena virus 'bencikan' UMNO.
Di luar sana ramai yang merungut ada guru-guru yang pro pembangkang tidak mengajar, malah ada yg menjawat jawatan tertinggi dalam PAS. Jika Cikgu Avi (Ketua Bahagian Pasir Puteh) boleh meletak jawatan sbg guru kenapa si polan tersebut (TYDP PAS Pasir Puteh) tidak 'berani' berbuat demikian?
Pada malam tersebut hampir 700 orang guru hadir di majlis tersebut yang berakhir dengan penuh jayanya.
Pemimpin Bersama Rakyat
Posted by : Bicara Pasir Puteh | | Published in Pasir Puteh
Selesai solat YB Dato Pa sempat berkongsi beberapa perkara yang berlaku di negara ini, antaranya kejayaan membawa balik rakyat Malaysia yang berada di Syiria.
YB Dato Pa juga sempat berpesan-pesan supaya anak mukim Changgai bersama-sama mennjaga keamanan negara, sebarang provokasi yang boleh menimbulkan konflik dan perpecahan perlu di elakan.
Malangnya, terdapat pengikut2 ajaran PAS yang tidak hadir pada solat Terawih malam itu, itulah yang menghairankan. Apakah tidak sah solat tersebut jika Dato Pa turut hadir? Inilah kesan dari ceramah-ceramah PAS yang berjaya memecah belahkan penduduk di sini, tahniah buat Pakatan Rakyat kerana berjaya memecahbelahkan rakyat.
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Berbuka Puasa Parlimen Kota Bharu
Posted by : Bicara Kota Bharu | 26 July 2012 | Published in Kota Bharu
Jam 5.00 Petang di Dewan Terbuka, SMK Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan
Kehadiran Pemimpin :
YBhg. Dato' Hj. Muhammad Fatmi Hj. Che Salleh
Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
berserta AJK UMNO Bahagian Kota Bharu keempat-empat Peringkat
Kerajaan PAS abai rakyat Kelantan
Posted by : Bicara Pasir Puteh | 21 July 2012 | Published in Pasir Puteh
Tanpa mengira fahaman politik Poknah terus di bantu, sepatutnya kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS perlu mendahului dalam membantu ahli PAS ini.
PokNah merupakan penyokong tegar PAS tetapi di nafikan haknya, rumah yg dhaif tidak terbela, keluarga yg ramai juga tidak terbela malah tidak tersenarai sebagai penerima Dividen Ladang Rayat.
Alhamdulillah, rumah PokNah tidak tiris lagi jika hujan turun, Ramadhan dan Syawal kali ini di sambut dengan gembira. Di harap pihak PAS tidak menangguk di air yang keruh selepas ini dengan mangaku mereka la pembela nasib PokNah seperti kes kes sebelum ini.
KWAPM UNTUK PELAJAR MISKIN
Posted by : Bicara Bachok | | Published in Bachok
Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).
Tn Hj Mohd Zain Yassim selaku Penyelarasa DUN Tawang menyampaikan Buku Bank yang berisi Wang KWAPM kepada Ibubapa penerima di Balairaya Wakaf Aik, TAwang |
PELAJAR TERIMA WANG IHSAN
Posted by : Bicara Bachok | | Published in Bachok
Majlis yang diadakan ini adalah kali ke 11 yang bermula pada tahun 2011. Diharapan dengan pemberian Wang Ihsan ini sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban pelajar tersebut.
YB Dato' Dr Awang Adek Hussin menyampaikan ucapan kepada pelajar dan ibubapa yang hadir. |
YB Dato' Dr Awang Adek Hussin menyampaikan Wang Ihsan kepada Pelajar |
WARGA KOTA BHARU PERLU PERUMAHAN RAKYAT
Posted by : Bicara Kota Bharu | 18 July 2012 | Published in Kota Bharu
Sepanjang hampir 22 tahun Kerajaan PAS Kelantan memerintah, tiada satu pun Perumahan Rakyat dibina. Rakyat Kelantan yang tidak berkemampuan terpaksa menumpang diatas tanah orang sementara menanti tanah yang amat berharga ini dibangunkan oleh pemilik. Mereka berharap pemilik tanah tidak bangun dan majukan tanah ini, sedangkan bagi pihak pemilik pula hanya menanti tawaran terbaik dari Pemaju untuk mengadakan usahasama dan perolehi keuntungan lumayan. Jika impian pemilik tanah menjadi kenyataan, kemana pula penghuni rumah ini akan berkelana?
Ramai tokoh usahawan yang berhasrat untuk membantu namun masalah TANAH menjadi halangan utama.
PKJ - PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT "TINJAUAN MESRA CAKNA RAKYAT" DI PDM KG SIRIH BAWAH LEMBAH KOTA BHARU
Posted by : Bicara Kota Bharu | 29 March 2012 | Published in Kota Bharu
PKJ - PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT P-021 KOTA BHARU
Posted by : Bicara Kota Bharu | 28 February 2012 | Published in Kota Bharu