Program Juara Rakyat - Perasmian Gelanggang Tomoi Kg. Tong, Pasir Mas

Posted by : Bicara Pasir Mas | 06 August 2010 | Published in

oleh Bicara Pasir Mas

Mungkin sebelum ini usahkan menjejak kaki ke Kg. Tong - sebuah komuniti kecil dalam DUN Pengkalan Pasir di Parlimen Pasir Mas,  bagi masyarakat di luar Pasir Mas mendengar namanya pun barangkali tidak pernah.

Kg. Tong bersebelahan dengan Kg Kubang Bemban dan berkongsi masjid mukim yang sama. Ia juga bersebelahan dengan Kg Padang To' La dan Kg Machang Dalam. Jaraknya dari bandar Pasir Mas hanya kira-kira 2 km sahaja.
Kg. Tong secara tradisinya melahirkan jaguh-jaguh dalam ilmu mempertahankan diri terutamanya silat, dan kini tomoi atau dikenali juga sebagai Tinju Siam. Tetapi kerana ketiadaan gelanggang yang sesuai, ramai antara mereka aktif di tempat lain.

Ini suatu kerugian kepada masyarakat di sini terutamanya anak-anak muda yang cukup berminat dengan sukan ini.

Hasil kesepakatan penduduk dan belia di kawasan ini, inisiatif diambil untuk membina gelanggang tomoi senagai tempat kegiatan anak muda yang mahu mendalami ilmu seni bela diri ini.

Dengan bantuan UMNO Cawangan Kg. Tong yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Awang, pembinaan gelanggang ini dapat direlisasikan dan pada pagi tadi (Jumaat 6 Ogos 2010) Majlis Perasmian Gelanggang Tomoi Kg. Tong telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.

Majlis Perasmian ini telah dihadiri kira-kira 200 orang dari kalangan penduduk kampung ini dan sekitar.

Dalam ucapannya, Dato' Hanafi berharap agar pembinaan gelanggang ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak muda dan penngiat tomoi. Beliau juga mahu agar Kg. Tong terus melahirkan jaguh-jaguh tomoi handalan sampai ke peringkat antarabangsa.

Dato' Hanafi juga menyentuh tentang kedudukan orang Melayu di tanahair yang semakin terhimpit, dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. 

Beliau juga berpesan agar orang ramai dapat memikirkan kembali keputusan mengundi pembangkang pada pilihanraya lepas dan berharap agar memberi peluang kepada UMNO memberikan khidmatnya kepada penduduk.

Saksikan kemeriahan sekitar program pagi tadi.

Kad jemputan program diedarkan kira-kira 150 keping

Banner program

Cikgu Wan Abdul Karim Ghani, mempengerusikan majlis

Ustaz Muhamad Awang, Ketua UMNO Cawangan Kg. Tong menyampaikan ucapan aluan

Antara hadirin yang hadir

Dato' Hanafi menyampaikan ucapan perasmian

Harapan Dato' Pi agar gelanggang ini menjadi pusat kegiatan belia di kawasan ini

Penduduk kampung tekun mendengar amanat Dato' Pi

Sebahagian besar golongan muda yang hadir

Sebahagian lagi hadirin

Orang ramai memenuhi kawasan gelanggang

Dato' Pi menyampaikan sumbangan peralatan tomoi

Mazlan.. penggerak kelab tomoi ini

Orang ramai tidak berganjak

Pertunjukan tomoi melibatkan juara tomoi dengan anak muda Kg. Tong

Yang berseluar merah khabarnya jaguh tomoi yang sudah merata-rata tempat menjadi jaguh dalam pertandingan tomoi

Pertunjukan diawasi oleh guru tomoi berpengalaman yang juga menjadi guru di gelanggang ini

Antara pelatih gelanggang ini

Masih perlukan sentuhan pakar
 

(0) Comments

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...