Walaupun sibuk dengan tugas sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, setiap masa yang terluang akan dipenuhi dengan aktiviti melawat, menziarah dan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
YBhg. Dato' Hj.Mohammad Fatmi amat tersentuh apabila melihat penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik. JKKP di setiap kawasan dalam Parlimen Kota Bharu digesa supaya bersikap proaktif dalam usaha mengenalpasti dan menyenaraikan golongan ini agar nasib mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.
(0) Comments
Leave a Response