Sepanjang Bulan Ramadhan UMNO Bahagian Tumpat telah melaksanakan Majlis Berbuka Puasa bagi mengimarahkan lagi Bulan Ramdhan.Antara Program Ihya Ramadhan yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Tumpat ialah :
1.Kg.Geting
2.Kg.Telok Jering
3.Kg.Telaga Bata
4.Kg.Bukit
5.Kg.Surau
6.kg.Tujoh
Program Ihya Ramadhan Parlimen Tumpat
Posted by : Bicara Tumpat | 25 August 2010 | Published in Tumpat
Juara Rakyat (PKJ) Bulan Ibadah dan Kerohanian - Tinjauan Mesra Cakna Rakyat di Tanjong Chat, Kota Bharu, Kelantan pada 7 Ogos 2010 jam 8.30 pagi
Posted by : Bicara Kota Bharu | 10 August 2010 | Published in Kota Bharu
Kehadiran pemimpin Barisan Nasional yang sanggup bertandang ke rumah mereka telah mencetuskan keceriaan yang tidak terhingga.
YBrs.En.Tan Ken Ten, Pengarah DUN Kota Lama sedang memperkatakan tentang keperluan masyarakat Tionghua di Parlimen Kota Bharu kepada YBhg.Dato'Hj.Mohammad Fatmi diperhatikan oleh SU DUN Tanjong Mas dan AJK UMNO Bahagian Kota Bharu.
MERATAKAN CRUSHER RUN DI TAMAN TENGKU AHMAD PANGLIMA
Siapa agaknya lebih cekap? YBhg. Dato' Fatmi dan YBrs. En. Tan Ken Ten tidak lagi kekok untuk membawa jentolak kerana sumbangan batu pasir yang dipohon oleh penduduk diratakan oleh dua pemimpin BN ini sendiri. Pemandu jentolak jangan risau, saudara tidak akan miss soru!
MERATAKAN CRUSHER RUN DI TAMAN TENGKU AHMAD PANGLIMA
Siapa agaknya lebih cekap? YBhg. Dato' Fatmi dan YBrs. En. Tan Ken Ten tidak lagi kekok untuk membawa jentolak kerana sumbangan batu pasir yang dipohon oleh penduduk diratakan oleh dua pemimpin BN ini sendiri. Pemandu jentolak jangan risau, saudara tidak akan miss soru!
Juara Rakyat (PKJ) Bulan Ibadah dan Kerohanian - Tinjauan Mesra Cakna Rakyat di Kota Utara, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Ogos 2010 jam 8.30 pagi
Posted by : Bicara Kota Bharu | | Published in Kota Bharu
Walaupun sibuk dengan tugas sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, setiap masa yang terluang akan dipenuhi dengan aktiviti melawat, menziarah dan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
YBhg. Dato' Hj.Mohammad Fatmi amat tersentuh apabila melihat penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik. JKKP di setiap kawasan dalam Parlimen Kota Bharu digesa supaya bersikap proaktif dalam usaha mengenalpasti dan menyenaraikan golongan ini agar nasib mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Program Juara Rakyat - Perasmian Gelanggang Tomoi Kg. Tong, Pasir Mas
Posted by : Bicara Pasir Mas | 06 August 2010 | Published in Pasir Mas
oleh Bicara Pasir Mas
Mungkin sebelum ini usahkan menjejak kaki ke Kg. Tong - sebuah komuniti kecil dalam DUN Pengkalan Pasir di Parlimen Pasir Mas, bagi masyarakat di luar Pasir Mas mendengar namanya pun barangkali tidak pernah.
Kg. Tong bersebelahan dengan Kg Kubang Bemban dan berkongsi masjid mukim yang sama. Ia juga bersebelahan dengan Kg Padang To' La dan Kg Machang Dalam. Jaraknya dari bandar Pasir Mas hanya kira-kira 2 km sahaja.
Kg. Tong secara tradisinya melahirkan jaguh-jaguh dalam ilmu mempertahankan diri terutamanya silat, dan kini tomoi atau dikenali juga sebagai Tinju Siam. Tetapi kerana ketiadaan gelanggang yang sesuai, ramai antara mereka aktif di tempat lain.
Ini suatu kerugian kepada masyarakat di sini terutamanya anak-anak muda yang cukup berminat dengan sukan ini.
Hasil kesepakatan penduduk dan belia di kawasan ini, inisiatif diambil untuk membina gelanggang tomoi senagai tempat kegiatan anak muda yang mahu mendalami ilmu seni bela diri ini.
Dengan bantuan UMNO Cawangan Kg. Tong yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Awang, pembinaan gelanggang ini dapat direlisasikan dan pada pagi tadi (Jumaat 6 Ogos 2010) Majlis Perasmian Gelanggang Tomoi Kg. Tong telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.
Majlis Perasmian ini telah dihadiri kira-kira 200 orang dari kalangan penduduk kampung ini dan sekitar.
Dalam ucapannya, Dato' Hanafi berharap agar pembinaan gelanggang ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak muda dan penngiat tomoi. Beliau juga mahu agar Kg. Tong terus melahirkan jaguh-jaguh tomoi handalan sampai ke peringkat antarabangsa.
Dato' Hanafi juga menyentuh tentang kedudukan orang Melayu di tanahair yang semakin terhimpit, dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Beliau juga berpesan agar orang ramai dapat memikirkan kembali keputusan mengundi pembangkang pada pilihanraya lepas dan berharap agar memberi peluang kepada UMNO memberikan khidmatnya kepada penduduk.
Saksikan kemeriahan sekitar program pagi tadi.
Kad jemputan program diedarkan kira-kira 150 keping
Ustaz Muhamad Awang, Ketua UMNO Cawangan Kg. Tong menyampaikan ucapan aluan
Antara hadirin yang hadir
Dato' Hanafi menyampaikan ucapan perasmian
Harapan Dato' Pi agar gelanggang ini menjadi pusat kegiatan belia di kawasan ini
Penduduk kampung tekun mendengar amanat Dato' Pi
Sebahagian besar golongan muda yang hadir
Sebahagian lagi hadirin
Orang ramai memenuhi kawasan gelanggang
Dato' Pi menyampaikan sumbangan peralatan tomoi
Mazlan.. penggerak kelab tomoi ini
Orang ramai tidak berganjak
Pertunjukan tomoi melibatkan juara tomoi dengan anak muda Kg. Tong
Yang berseluar merah khabarnya jaguh tomoi yang sudah merata-rata tempat menjadi jaguh dalam pertandingan tomoi
Pertunjukan diawasi oleh guru tomoi berpengalaman yang juga menjadi guru di gelanggang ini
Antara pelatih gelanggang ini
Masih perlukan sentuhan pakar
Subscribe to:
Posts (Atom)