Amanat Tok Guru Haji Lah - Nik Aziz Wahabi..

Posted by : Bicara Pasir Mas | 08 May 2010 | Published in

Bicara Pasir Mas menulis..

Ceramah Agama dan Isu-Isu Semasa oleh Pengasas dan Tuan Guru Pondok Geting Tumpat, Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah di perkarangan KADA Slow Machang, Pasir Mas mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 2,000 hadirin. 

Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang turut menampilkan Sdra. Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad, bekas Ketua Pemuda AMK Kelantan menyebabkan jalan masuk ke Kg Slow Machang dari arah bandar Pasir Mas dan Jalan Pasir Pekan sesak teruk.

Ceramah ini telah diwar-warkan sejak 2 minggu lepas. Penampilan Tok Guru Haji Lah memang menjadi igauan ngeri kepada Pas kerana di setiap tempat ceramah Tok Guru Hj Lah sentiasa dihadiri ribuan pendengar. 

Banner ceramah Tok Guru Hj Lah ini pada awalnya telah digantung di 10 lokasi strategik sekitar bandar Pasir Mas namun 9 daripadanya telah disabotaj. Melihat kepada perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini, pihak penganjur membuat keputusan menaikkan tambahan 20 keping lagi banner yang sama di lebih banyak lokasi.

Ini menyebabkan Pas menjadi lebih cemas apabila menyedari promosi ceramah ini akan turut menarik perhatian penyokong mereka. Oleh itu, sebagai jalan terakhir mereka telah menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Mahfuz Omar dan Hamid Derani pada masa yang sama di Mini Stadium Pasir Mas bagi menghalang penyokong mereka mendengar ceramah Tok Guru Hj Lah.

Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati.

Tok Guru Hj Lah juga mendakwa sebab utama Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO adalah kerana mahu melaksanakan fahaman Wahabi di negara ini kerana dia sedar UMNO akan menolak fahaman tersebut disebabkan UMNO berpegang pada ahli sunnah wal jamaah.

Tok Guru Hj Lah menyifatkan Pas yang asal sudah mati kerana Pas hari ini tidak lagi mempunyai roh membela Islam sepertimana Pas dahulu. Pas sekarang hanyalah jasad sahaja kerana inipati perjuangannya sudah terpesong jauh sehingga sanggup menjadikan DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai sahabat karib demi menjatuhkan kerajaan Islam yang telah lebih 50 tahun terbukti berjaya menjaga kedaulatan Islam di bumi ini. 

Oleh itu Tok Guru mengajak semua umat Islam dan orang Melayu agar menuinggalkan Pas dan bersama membentuk perpaduan dengan UMNO untuk menjaga tanahair ini.













JUARA KOTA BHARU : FORUM PERDANA PEMBANGUNAN INSAN

Posted by : Bicara Kota Bharu | 05 May 2010 | Published in



Tajuk Forum : "1MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM"

Tarikh : 29 APRIL 2010

Masa : 8.30 MALAM

Tempat : STADIUM MINI DATO' FATMI, SK TANJONG MAS, KOTA BHARU


Panel-panel Forum

Moderator : YBhg. Ust Mohd Fadzil Bin Abu Kasim, Panel Pemikir YPIM

Ahli Panel 1 : YBhg. Ust. Hj, Mohd Fakrurazi Bin Abd Rahim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu.

Ahli Panel 2 : YBhg. Dr. Amini Amir Bin Abdullah, Panel Pemikir YPIM

Ahli Panel 3 : YBhg. Ust. Hj. Lokman Bin Zulkifli, Panel Pemikir YPIM


Ucapan Perasmian oleh YBhg Dato' Hj. Mohamad Fatmi Hj. Che Salleh
Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia


VIP yang turut hadir.

Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Bharu turut sama memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Antara kaum wanita yang bersama-sama menjayakan majlis.



Tetamu berdiri bagi mendendangkan Lagu Negaraku


Dato' Hanafi Meraikan Warga Emas

Posted by : Bicara Pasir Mas | 27 April 2010 | Published in

oleh Bicara Pasir Mas

Program : Ramah Mesra Bersama Warga Emas
Tarikh : 26 April 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Pasir Mas
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

UMNO dan Pakar-pakar Perubatan Bersama Masyarakat Chetok...

Posted by : Bicara Pasir Mas | 20 April 2010 | Published in

oleh Bicara Pasir Mas

Program : Pakar-Pakar Perubatan Bersama Masyarakat
Tarikh : 10 April 2010
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SK Bukit Jarum, DUN Chetok, Pasir Mas
 
 
 
 
 
 
 Banner program
 
 Program ini mendapat kerjasama Hospital USM

Che Johan Che Pa, Timbalan Ketua UMNO Bahagian mewakili Dato' Hanafi Mamat merasmikan program

 Ketua Pemuda dan Setiausaha Bahagian bersama pihak USM
 
 Ucapan Che Johan berkenaan kepentingan menjaga kesihatan
 
Sebahagian daripada hadirin 
 
 dari kalangan penduduk kampung...
 
 ..juga kepimpinan UMNO Bahagian
 
 Tekun menghayati ucapan perasmian oleh Timbalan UMNO Ketua Bahagian
 
Kelihatan juga PPM kawasan Bujok dan Kelar di barisan hadapan
 
 Doktor melayan aduan pesakit
 
 Seorang lagi doktor memeriksa kesihatan pesakit tempatan
 
 doktor mengambil maklumat kesihatan pesakit
 
 Isteri kepada KPPM Chetok menjalani pemeriksaan tekanan darah
 
 Pemeriksaan dalam telinga pun boleh dilakukan...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...