UMNO Pasir Mas juarai kebajikan rakyat

Posted by : Bicara Pasir Mas | 12 May 2010 | Published in

Program : Majlis Ramah Mesra dan Kunjungan Muhibbah Dato' Hanafi Mamat dan rombongan UMNO Bahagian Pasir Mas 
Tarikh : 8 Mei 2010
Tempat : sekitar Peti Undi Banggol Chicha


8.30 pagi @ Rumah PPM Mat Soh, Kg Banggol Gajah Mati



10.30 pagi @ Kg Banggol Gajah Mati, Pasir Mas
 
 
 11.00 pagi @ Rumah En Yunus Awang, Ketua UMNO Cawangan Banggol Ara, Pasir Mas


12.00 tengah hari - 1.00 tgh hari @ Kg Banggol Ara, Pasir Mas

1.30 tgh hari - 2.30 petang @ Madrasah Banggol Petaling


3.00 - 4.00 petang @ Kg Banggol Petaling, Pasir Mas.




4.30 petang @ Rumah Paksu Hamzah, Kg Banggol Chicha, Pasir Mas


4.30 5.00 petang @ Kg Pak Sek dan Kg Banggol Chicha, Pasir Mas


Amanat Tok Guru Haji Lah - Nik Aziz Wahabi..

Posted by : Bicara Pasir Mas | 08 May 2010 | Published in

Bicara Pasir Mas menulis..

Ceramah Agama dan Isu-Isu Semasa oleh Pengasas dan Tuan Guru Pondok Geting Tumpat, Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah di perkarangan KADA Slow Machang, Pasir Mas mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 2,000 hadirin. 

Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang turut menampilkan Sdra. Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad, bekas Ketua Pemuda AMK Kelantan menyebabkan jalan masuk ke Kg Slow Machang dari arah bandar Pasir Mas dan Jalan Pasir Pekan sesak teruk.

Ceramah ini telah diwar-warkan sejak 2 minggu lepas. Penampilan Tok Guru Haji Lah memang menjadi igauan ngeri kepada Pas kerana di setiap tempat ceramah Tok Guru Hj Lah sentiasa dihadiri ribuan pendengar. 

Banner ceramah Tok Guru Hj Lah ini pada awalnya telah digantung di 10 lokasi strategik sekitar bandar Pasir Mas namun 9 daripadanya telah disabotaj. Melihat kepada perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini, pihak penganjur membuat keputusan menaikkan tambahan 20 keping lagi banner yang sama di lebih banyak lokasi.

Ini menyebabkan Pas menjadi lebih cemas apabila menyedari promosi ceramah ini akan turut menarik perhatian penyokong mereka. Oleh itu, sebagai jalan terakhir mereka telah menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Mahfuz Omar dan Hamid Derani pada masa yang sama di Mini Stadium Pasir Mas bagi menghalang penyokong mereka mendengar ceramah Tok Guru Hj Lah.

Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati.

Tok Guru Hj Lah juga mendakwa sebab utama Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO adalah kerana mahu melaksanakan fahaman Wahabi di negara ini kerana dia sedar UMNO akan menolak fahaman tersebut disebabkan UMNO berpegang pada ahli sunnah wal jamaah.

Tok Guru Hj Lah menyifatkan Pas yang asal sudah mati kerana Pas hari ini tidak lagi mempunyai roh membela Islam sepertimana Pas dahulu. Pas sekarang hanyalah jasad sahaja kerana inipati perjuangannya sudah terpesong jauh sehingga sanggup menjadikan DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai sahabat karib demi menjatuhkan kerajaan Islam yang telah lebih 50 tahun terbukti berjaya menjaga kedaulatan Islam di bumi ini. 

Oleh itu Tok Guru mengajak semua umat Islam dan orang Melayu agar menuinggalkan Pas dan bersama membentuk perpaduan dengan UMNO untuk menjaga tanahair ini.













JUARA KOTA BHARU : FORUM PERDANA PEMBANGUNAN INSAN

Posted by : Bicara Kota Bharu | 05 May 2010 | Published in



Tajuk Forum : "1MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM"

Tarikh : 29 APRIL 2010

Masa : 8.30 MALAM

Tempat : STADIUM MINI DATO' FATMI, SK TANJONG MAS, KOTA BHARU


Panel-panel Forum

Moderator : YBhg. Ust Mohd Fadzil Bin Abu Kasim, Panel Pemikir YPIM

Ahli Panel 1 : YBhg. Ust. Hj, Mohd Fakrurazi Bin Abd Rahim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu.

Ahli Panel 2 : YBhg. Dr. Amini Amir Bin Abdullah, Panel Pemikir YPIM

Ahli Panel 3 : YBhg. Ust. Hj. Lokman Bin Zulkifli, Panel Pemikir YPIM


Ucapan Perasmian oleh YBhg Dato' Hj. Mohamad Fatmi Hj. Che Salleh
Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia


VIP yang turut hadir.

Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Bharu turut sama memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Antara kaum wanita yang bersama-sama menjayakan majlis.



Tetamu berdiri bagi mendendangkan Lagu Negaraku


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...