PJK-Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kota Bharu pada 16 Januari 2011

Posted by : Bicara Kota Bharu | 30 January 2011 | Published in

Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan SMK Tanjong Chat, Kota Bharu, Kelantan.




YB. Dato' Seri Mustapa Mohammad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan disambut oleh AJK UMNO Bahagian Kota Bharu keempat-empat Peringkat, JKKKP dan Pemimpin Masyarakat.


Pemimpin komponen Barisan Nasional Kota Bharu menyanyikan lagu Barisan Nasional dengan penuh semangat selepas lagu patriotik Negaraku dinyanyikan.


YBhg. Dato' Haji Mohd Fatmi menyampaikan ucapan dengan menggariskan beberapa gerak kerja yang lebih tersusun serta rapi kepada barisan hadapan Barisan Nasional Kota Bharu untuk dipraktikkan.


Amanat dan pesanan yang disampaikan oleh YB. Dato' Seri Mustapa Mohammad, pemimpin utama Barisan Nasional Kelantan ditunggu-tunggu oleh barisan hadapan Barisan Nasional Kota Bharu sebagai sumber penyuntik semangat untuk berjuang dan memperolehi kejayaan.



Rata-rata barisan hadapan Barisan Nasional di pelbagai peringkat memberi kesanggupan dan jaminan untuk berjuang bagi memastikan Parlimen Kota Bharu menjadi milik Barisan Nasional. Satu lagi tambahan kerusi Parlimen dan tiga DUN bagi Barisan Nasional Kelantan.

(2) Comments

  1. Anonymous

    Tak cukup. UMNO mesti lebih agresif. Rangka banyak majlis penerangan, jelaskan banyak isu dengan logik dan bermaklumat. Pamirkan sikap berkasih sayang walaupun terhadap penyokong PAS. Buktikan kita lebih baik,lebih menyayangi dan JANGAN berdendam. Masa untuk UMNO berubah telah tiba. Pemimpin yang enggan berubah singkirka awal-awal.

    May 22, 2011 at 7:19 PM
  2. Anonymous

    Nak tambah pendapat kawan di atas. Hanya satu cara UMNO Kota Bharu boleh bangkit semula. Hentikan perwatakan sombong. Rajin-rajinlah ke Masjid. Simpan kereta mewah di rumah.

    Pakai kopiah dan berkain pelikat sekali sekala. Rajin jenguk rakyat. Berbuallah dikedai-kedai kopi dan bukan di lobi hotel. Jenguk orang sakit dan kematian. Jangan tikam kawan. Kalau tak sangggup buat semua itu jangan mimpilah nak menang. Terjun laut lagi bagus. Teguran Ikhlas demi masa depan UMNO.

    June 9, 2011 at 8:06 PM

Leave a Response

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...