YBrs. En. Hanafi Abdullah, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Kota Bharu sedang menyampaikan taklimat Ceramah Kelompok Parlimen Kota Bharu.
Penceramah dan "guide" dijamu makan malam sebelum bertolak ke Peti Undi yang ditetapkan.
YBrs. En. Tan Ken Ten, Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Kota Lama turut sama pada Ceramah Kelompok di Peti Undi Kebun Sultan.
YBrs. En. Mansor Adabi, Timbalan Pengarah JP DUN Tanjong Mas sedang memperjelaskan isu semasa kepada masyarakat Kubang Pasu dan Kelochor.
Antara masyarakat pelbagai kaum yang hadir pada Ceramah Kelompok di Peti Undi Bandar dan Jalan Pejabat Pos Lama.
Masyarakat Kampung Raja Dewa merakam foto kenangan bersama Penceramah dan YBhg. Datin Dr. Hjh. Nik Azizah Nik Yahya, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu selepas selesai majlis Ceramah Kelompok.
Hj. Said sedang menyampaikan ceramah diperhatikan oleh Ustaz Saidi, bekas Ketua Keselamatan PAS selaku penceramah undangan khas.
Rata-rata sambutan masyarakat tempatan bagi Program Ceramah Kelompok bagi Parlimen Kota Bharu amat menggalakkan. Penyampaian, penerangan dan penjelasan secara santai ala Taqarrub JASA amat menggalakkan dan diterima baik.