TARIKH : 2 OGOS 2012 /13 RAMADAN 1433
MASA : 10.00 MALAM
TEMPAT : PDM ISLAH LAMA DAN KG.DUSUN,
YBhg.Dato'Hj Mohd.Fatmi Hj Che Salleh,Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Kota Bharu sempat meluangkan masa bersembang sambil makan colek dengan masyarakat setempat selepas menunaikan Solat Terawih di Masjid Bahagia,Kg.Dusun,Kota Bharu,Kelantan.
Turut serta dalam Majlis Makan Colek itu ialah YBrs.En.Tan Ken Ten bersama OBP masyarakat tionghua,sementara YBrs.En.Veloo A/L Perumal diiringi oleh beberapa Orang Kanan MIC Kota Bharu .
Pelbagai topik isu semasa diutarakan malah turut diperdebatkan berselang seli dengan gelak ketawa,jelas suasana begitu mengeratkan lagi silaturahim, perpaduan serta muhibah.
Semua yang hadir cukup berselera menikmati rojak buah,rojak ayam,sotong,ikan dan udang celup tepung,colek kerang dan pelbagai aneka makanan termasuk buah durian namun penulis hanya
memilih untuk menjamah sedikit rojak buah, bimbang Diabetes dan Hypertension melonjak tinggi.(Berpuasa amat membantu)
Semoga penyatuan/perpaduan menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama.
SHAP DUN N.09-KOTA LAMA : PEMIMPIN BN MAKAN COLEK SELEPAS SOLAT TERAWIH DI PDM ISLAH LAMA DAN KG.DUSUN ,DUN N.09-KOTA LAMA,PARLIMEN P.021-KOTA BHARU
Posted by : Bicara Kota Bharu | 06 August 2012 | Published in Kota Bharu
MAJLIS MAKAN COLEK SELEPAS SOLAT TERAWIH UMNO CAWANGAN LORONG ISLAH LAMA,DUN KOTA LAMA,PARLIMEN KOTA BHARU
Posted by : Bicara Kota Bharu | 31 July 2012 | Published in Kota Bharu
Timbalan Pengarah dan SU DUN Kota Lama serta Ketua Penerangan DUN Tanjong Mas sedang bermesra dengan masyarakat Lorong Islah Lama dan sekitar sambil menikmati pelbagai colek.
JELAS MAJLIS MAKAN COLEK SECARA SANTAI DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung Silaturahim
Program Penghayatan Ihya Ramadhan
Posted by : Bicara Pasir Puteh | 28 July 2012 | Published in Pasir Puteh
Tahniah kepada para guru-guru di Pasir Puteh yang sudi meluangkan masa bersama-sama kepimpinan UMNO di Program Penghayatan Ihya Ramadhan pada Jumaat lepas di Sek Keb Pasir Puteh (Perempuan)
Kabanyakkan guru yang hadir sedikit kekok bila borang pendaftaran yg di isi perlu di hantar selepas majlis berakhir :)
Ada yang khusyuk mendengar tak kurang yang 'ngepek' sorang2 di tepi pagar. Mungkin guru tersebut terkena virus 'bencikan' UMNO.
Di luar sana ramai yang merungut ada guru-guru yang pro pembangkang tidak mengajar, malah ada yg menjawat jawatan tertinggi dalam PAS. Jika Cikgu Avi (Ketua Bahagian Pasir Puteh) boleh meletak jawatan sbg guru kenapa si polan tersebut (TYDP PAS Pasir Puteh) tidak 'berani' berbuat demikian?
Pada malam tersebut hampir 700 orang guru hadir di majlis tersebut yang berakhir dengan penuh jayanya.

Pemimpin Bersama Rakyat
Posted by : Bicara Pasir Puteh | | Published in Pasir Puteh
Alhamdulillah, YB Dato Pa bersama-sama anak mukim Kampung Changgai solat Isya dan Terawih bersama-sama.
Selesai solat YB Dato Pa sempat berkongsi beberapa perkara yang berlaku di negara ini, antaranya kejayaan membawa balik rakyat Malaysia yang berada di Syiria.
YB Dato Pa juga sempat berpesan-pesan supaya anak mukim Changgai bersama-sama mennjaga keamanan negara, sebarang provokasi yang boleh menimbulkan konflik dan perpecahan perlu di elakan.
Malangnya, terdapat pengikut2 ajaran PAS yang tidak hadir pada solat Terawih malam itu, itulah yang menghairankan. Apakah tidak sah solat tersebut jika Dato Pa turut hadir? Inilah kesan dari ceramah-ceramah PAS yang berjaya memecah belahkan penduduk di sini, tahniah buat Pakatan Rakyat kerana berjaya memecahbelahkan rakyat.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Berbuka Puasa Parlimen Kota Bharu
Posted by : Bicara Kota Bharu | 26 July 2012 | Published in Kota Bharu
Tarikh : 26 Julai 2012 (Khamis) bersamaan 6 Ramadhan 1433H
Jam 5.00 Petang di Dewan Terbuka, SMK Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan
Kehadiran Pemimpin :
YBhg. Dato' Hj. Muhammad Fatmi Hj. Che Salleh
Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
berserta AJK UMNO Bahagian Kota Bharu keempat-empat Peringkat

Ubadah Bin
Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika
Ramadhan hampir menjelang: "Telah
datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya
dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan
doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang
besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah
kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang
ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Aturcara Majlis :
5.00 Ptg. - Ketibaan Jemputan
5.30 Ptg. - Ucapan dan Tazkirah Ramadhan
7.15 Mlm. - Tahlil
7.32 Mlm. - Azan Maghrib/Berbuka Puasa
- Sembahyang Maghrib Berjemaah
Subscribe to:
Posts (Atom)